Thomas Tuchel Tolak Tawaran Sebagai Pengurus Baharu Southampton

Thomas Tuchel

Southampton terpaksa mencari pengurus lain setelah Thomas Tuchel (di bawah) menolak tawaran kelab berkenaan baru-baru ini.

Selang beberapa hari selepas pemecatan Claude Puel, Southampton memasang cita-cita besar pada musim hadapan apabila cuba memancing bekas pengurus Borussia Dortmund, Thomas Tuchel.

The Saints dipercayai menawarkan pakej pembayaran termahal dalam sejarah kelab berkenaan untuk pengurus berusia 43 tahun itu.

(Photo by Pool – Getty Images)

Pengurus berbangsa Jerman tersebut adalah antara pengurus muda paling dikehendaki setelah meninggalkan Borussia Dortmund pada bulan Mei yang lalu.

Tuchel masih belum mempunyai ikatan dengan mana-mana kelab sejak itu.

Walaupun tanpa sebarang ikatan, Tuchel dilaporkan tidak terdesak untuk menyertai mana-mana kelab.

Media di Eropah melaporkan Tuchel mahukan sebuah kelab yang beraksi di pentas UEFA Champions League (UEL) dan tenang menanti peluang terbaik untuk kembali kepada pengurusan.

Claude Puel (di bawah) dipecat pada malam Rabu lalu setelah pihak kelab selesai berunding akan pampasan berjumlah £g juta dengan pengurus itu.

(Photo by Steve Bardens/Getty Images)

Pengendali dari Perancis itu menerima padah akibat taktik suam-suam kuku yang merimaskan penyokong mereka.

Namun begitu, Puel berjaya membimbing The Saints untuk mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-8 dan layak ke perlawanan akhir Piala EFL pada musim pertama beliau di England.

Puel telah dipanggil untuk menghadap Pengarah Sukan di Southampton, Les Reed selepas tamat saingan musim lalu.

Puel kemudiannya memberikan respon kepada media seolah-olah masa hadapannya bersama kelab berkenaan sudah pun tamat.

(Photo by Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images)

Perkhabaran terbaru dari St.Mary ini menyebabkan bekas pengurus Inter Milan dan Ajax, Frank de Boer menjadi pilihan hierarki Southampton untuk mengambil alih tugas Claude Puel.

Frank de Boer berkongsi ejen dengan seorang lagi bekas pengurus Southampton, Ronald Koeman yang digemari oleh penyokong di St.Mary.

Bagaimanapun belum ada perbincangan di antara kedua-dua pihak untuk kemungkinan De Boer akan ke Southampton musim hadapan.

Selain daripada Frank de Boer, nama Mauricio Pellegrino juga adalah antara calon yang disebut-sebut oleh pihak pengurusan Southampton.

(Photo by Daniel Smith/Getty Images for Soccerex)

Les Reed (di atas) dilaporkan telah mengetuai misi Southampton melakukan pencarian untuk pengurus baru sejak seminggu yang lalu.

Reed dikatakan mempunyai reputasi membawa pengurus muda berbakat dan telah diberi kepercayaan oleh kelab berkenaan untuk membawa masuk pengurus baru.

Ini sudah pasti adalah untuk menggantikan corak permainan Puel yang sering mendapat kecaman penyokong Southampton.

Sumber:

1.Ed Malyon, INDEPENDENT (2017): Thomas Tuchel not interested in Southampton job as ex-Dortmund coach looks for Champions League job;
http://www.independent.co.uk/sport/football/premier-league/southampton-next-manager-thomas-tuchel-odds-frank-de-boer-a7792541.html

2. SkySportsNewsHQ (2017): Thomas Tuchel rules himself out of Southampton job;
http://www.skysports.com/football/news/11700/10916345/thomas-tuchel-rules-himself-out-of-southampton-job

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN