VIDEO: ‘Team-Talk’ & Nasihat Sir Alex Ferguson Sebelum Perlawanan Testimonial Michael Carrick

Saya perlu berlaku jujur. Sebagai peminat Arsenal, Sir Alex Ferguson bukanlah individu yang paling saya minati. Tetapi jika saya meletak tepi memori perseteruan Manchester United – Arsenal, saya tiba-tiba akan menjadi peminat falsafah pengurusan Ferguson.

Ketika menonton video ‘team-talk’ beliau kepada bekas-bekas pemainnya sebelum perlawanan testimonial Michael Carrick, saya tak dapat mengelak untuk senyum sepanjang video.

Perasaan bangga beliau kepada bekas anak-anak buahnya jelas kedengaran apabila Ferguson berkata:

“Satu pujian yang saya boleh bagi kepada anda semua adalah – selain menjadi pasukan yang hebat, anda semua dah menjadi lelaki yang hebat. Anda semua dah berjaya. Tahniah!”

“Dan ianya bukan mudah – menjadi pemain dan bersara.”

Ferguson kemudiannya menyebut satu-satu nama pemain yang membuatkan beliau bangga:

“Ji Sung [Park] sedang belajar di Switzerland. Rio [Ferdinand] dan Scholesy bekerja di televisyen. Gary [Neville] memiliki bandar Manchester dah sekarang. Edwin [van der Sar] urus Ajax…Fantastik!”

Sumber: Youtube/Rio Ferdinand Presents FIVE

Dalam video sama, Ferguson turut mengenang cerita-cerita lama beliau bersama bekas-bekas pemain lagenda United ini. Antaranya:

  • cerita Peter Schmeichel merajuk dengan Ferguson
  • cerita Rio Ferdinand yang dibuli Robbie Savage ketika diarah bermain di posisi tengah
  • cerita Rio Ferdinand bermain sebagai pemain tengah dengan Wayne Rooney semasa menentang Wolves
  • cerita Rio Ferdinand yang berlagak ketika United mendahului Everton 5-2 pada rehat spearuh masa pertama dalam perlawanan terakhir Ferguson sebelum persaraan

Selain itu, dalam video ini juga anda dapat melihat gurauan (banters) antara pemain-pemain United. Paling kelakar adalah apabila Gary Neville menyindir karier Ferdinand di QPR!

Sumber: Youtube/Rio Ferdinand Presents FIVE

Apapun video tersebut boleh anda tonton di bawah.

Apa yang pasti, video ini membuatkan saya faham mengapa ramai bekas-bekas pemain United masih lagi menghormati Ferguson dan memanggil beliau sebagai ‘boss’.

Dalam konteks ini, ‘boss’ bukanlah bermaksud panggilan antara pekerja dengan majikan. Sebaliknya ia seperti panggilan untuk orang yang mereka hormat – sebagaimana kita memanggil ‘abang’ atau ‘akak’ kepada individu yang kita hormat.

Sumber:

1. YouTube, Rio Ferdinand Presents FIVE (2017), Sir Alex Ferguson Teamtalk!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN