Tangisan mengiringi perpisahan Luis Suarez dengan Atletico Madrid.
Pemain antarabangsa Uruguay itu mendapat penghargaan terakhir daripada penyokong Atletico pada perlawanan terakhir La Liga pada musim ini.
Suarez tidak akan beraksi bersama Atletico Madrid lagi pada musim hadapan selepas kontraknya bakal tamat Jun akan datang.
https://youtu.be/2KpR3rI7yQs
Selesai perlawanan menentang Sevilla di Estadio Wanda Metropolitano pada awal pagi tadi, pemain antarabangsa Uruguay itu mendapat salam perpisahan terakhir seorang legenda daripada ribuan penyokong Atletico.
Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 itu memastikan kedua-dua pasukan layak ke UEFA Champions League 2022/23.
Dikeluarkan pada minit ke-65 perlawanan, Suarez pantas mendapat tepukan gemuruh penyokong, sebelum melangkah keluar padang untuk digantikan Matheus Cunha.
Pemain dengan nama gelaran El Pistolero itu kelihatan menangis teresak-esak ketika duduk di bangku pemain simpanan.
Suarez menyertai Atletico pada musim 2020/21 setelah secara terang-terangan tidak berada di dalam perancangan Barcelona di bawah kendalian Ronald Koeman.
Luis Suarez says goodbye to Atletico Madrid 🥺 pic.twitter.com/4yUwvMpwFD
— GOAL (@goal) May 15, 2022
Perpindahan keluar Suarez dari Nou Camp bagaimana pun dimanfaatkan sepenuhnya oleh Atletico.
Meski pun sudah berusia 35 tahun, Suarez berjaya membawa Atletico menjuarai La Liga pada musim 2020/21.
Malah Suarez mencetak 21 gol pada musim tersebut untuk kejuaraan kedua Atletico di bawah kendalian Diego Simeone.
Selama dua musim di Wanda Metropolitano, bekas penyerang Liverpool itu menghasilkan 34 gol dan enam assist daripada 82 perlawanan.
‘Thank you Lucho for making us champions’
Atlético fans said goodbye to Luis Suárez after the club announced he would be leaving this summer ❤️ pic.twitter.com/RZhtp8oXrh
— B/R Football (@brfootball) May 15, 2022
Walaupun hanya bersama Atletico untuk tempoh masa yang singkat, pemain itu pantas menjadi pemain kegemaran penyokong.
Sebuah sepanduk dengan tulisan ‘Terima kasih kerana telah membuat kami jadi juara’ turut dibentangkan di dalam kawasan stadium – ditujukan khas sebagai penghargaan untuk sumbangan Suarez.
Selepas Atletico, Suarez dijangka akan kekal di Eropah. Aston Villa dan Ajax adalah antara dua kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang itu.