Dalam perlawanan Sweden menentang Mexico, salah satu perkara menarik adalah cara pasukan Sweden bertahan dalam unit.
Di bawah ini adalah video bagaimana mereka mengekalkan jarak yang sesuai di antara pemain untuk memastikan rantaian pertahanan mereka kuat dan bergerak dalam satu unit secara dinamik.
Jom kita saksikan:
Relation dynamic. Looking back at Sweden’s defensive relationships & organization from the #WorldCup . In strict 4-4-2 shape is maintained in relation to teammates positions, and dissolved when a clearly advantageous situation can be created. #SVFF pic.twitter.com/6CzPQrpyM2
— coachdogge (@coachdogge) August 3, 2018
Apa yang boleh kita pelajari ialah kefahaman pemain kepada sistem pertahanan yang dikehendaki oleh jurulatih.
Sweden mengekalkan 2 banks of four mereka dengan semua pemain bergerak dalam satu unit.
Seterusnya ialah, kualiti sokongan di antara pemain dari segi jarak dan juga tahap dinamik pasukan itu bertahan.
Apa yang mereka lakukan ini membuatkan Mexico tidak mampu akses ke zon bahaya. Oleh itu, mereka berjaya melengahkan serangan lawan dan menolak pembawa bola ke bahagian sisi.
Perkara yang paling penting adalah disiplin, kecergasan pemain, kerjasama, kefahaman taktikal dan juga fokus dalam permainan berpasukan. Seterusnya, transisi juga harus cepat.