Gonzalo Higuain Dedah Sebab Mengapa Beliau Pilih AC Milan Berbanding Chelsea

Selepas beberapa siri perkembangan perpindahan, pemain Argentina iaitu Gonzalo Higuain telah pun berjaya melengkapkan perpindahan ke AC Milan.

Beliau berpindah dari Juventus ke AC Milan dengan status perpindahan pinjaman.

Ia sekaligus mematikan spekulasi yang beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League dengan menyertai Chelsea.

Menurut ESPN, Higuain mendedahkan sebab mengapa beliau memilih untuk ke musuh domestik Juventus berbanding ke Chelsea.

Kata beliau, di Chelsea individu yang mahukan beliau cumalah pengurus pasukan iaitu Maurizio Sarri.

Selain dari Sarri, individu-individu lain di kelab tersebut tidak mahukan beliau di kelab tersebut.

“Saya mempunyai perasaan hormat yang cukup besar kepada Maurizio Sarri namun hanya beliau sahaja yang mahukan saya di Chelsea.”

“Oleh sebab itu saya memilih AC Milan, di sini saya rasa dialu-alukan oleh semua pihak di kelab.”

Menurut Higuain, AC Milan jelas menunjukkan kemahuan mereka untuk mendapatkan khidmat beliau.

Dipercayai pengarah kelab iaitu Leonardo telah memainkan peranan penting dalam mendapatkan tandatangan beliau.

“Motivasi yang ditunjukkan oleh AC Milan merupakan asas kepada perpindahan saya ke sini.”

“Saya kenal dengan Leonardo sebelum ini dan beliau telah mainkan peranan besar dalam mempengaruhi kehadiran saya ke AC Milan.”

“Beliau yakinkan saya dengan kata-kata beliau, kepercayaan beliau dan ianya merupakan faktor terbesar kenapa saya ke sini.”

Higuain berpindah bersama-sama pertahanan muda Mattia Caldara dengan menyaksikan Leonardo Bonucci berpindah ke Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN