Kenali Paulo Lopes, Penjaga Gol Bersara Dengan Lebih Banyak Trofi Daripada Penampilan

Penjaga gol veteran Benfica, Paulo Lopes mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak sepenuhnya pada pra-musim.

Dalam ucapan persaraan beliau, Paulo Lopes berkata:

“Ini adalah salah satu detik paling sukar dalam hidup seorang pemain bola sepak, apabila anda tahu karier anda sudah ke pengakhiran.”

“Namun tiada satu pun perkara dalam hidup ini akan kekal selamanya.”

“Saya sudah menjadi pemain profesional selama 21 tahun, kerjaya yang telah membuatkan saya memberikan seluruh jiwa raga dan nyawa saya.”

“Saya melakukan segalanya untuk menghargai kerjaya ini dengan penuh bermaruah.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab, SC Mirandela, SL Benfica, Gil Vicente, Barreirense, Salgueiros, Estrela da Amadora, Trofense, Feirense.”

“Ucapan istimewa kepada SL Benfica yang saya wakili sebanyak 13 kali. Kelab yang membuatkan saya membangun sebagai seorang manusia serta seorang pemain bola sepak.”

“Dan di sinilah saya menghidupkan banyak detik kegembiraaan serta kejuaraan liga, sesuatu yang tidak akan dilupakan.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan menyatakan kerinduan beliau kepada mendiang ibunya.

Paulo Lopes akan diingati sebagai salah satu kisah yang agak unik dalam bola sepak. Ada yang menganggapnya pelik.

Beliau lahir di Mirandela, daerah Bragança. Pada usia 15 tahun Lopes menyertai pasukan akademi Benfica.

Dan pada usia 19 tahun beliau dipromosi ke pasukan utama. Lopes dihantar ke beberapa kelab untuk pinjaman.

Pada 19 Februari 2000, beliau melakukan debut Liga Portugal ketika tempoh pinjaman di Gil Vicente. Beliau masuk pada separuh masa kedua selepas Paulo Jorge dilayangkan kad merah.

Pada Jun 2002, Lopes dilepaskan oleh Benfica. Beliau kemudian menyertai beberapa kelab lain dan kembali semula ke Benfica pada 2012, ketika itu beliau berusia 34 tahun. Lopes menjadi penjaga gol ke-3.

Beliau muncul dalam perlawanan untuk melengkapkan syarat medal kejuaraan selepas pasukan mereka bergelar juara liga.

Paulo Lopes meninggalkan Benfica dengan rekod luar biasa apabila jumlah trofi beliau lebih banyak daripada penampilannya.

Beliau hanya bermain 11 perlawanan rasmi dalam 13 musim. Dan beliau ada 12 trofi kejuaraan bersama Benfica di almari beliau.

Paulo Lopes akan melangkah ke fasa baru karier beliau iaitu menjadi jurulatih penjaga gol untuk skuad B-23 Benfica.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN