[VIDEO]: ‘Tactical Talk’ Shin Tae-yong Dedah Lubuk Sebenar Di Pertahanan Malaysia

Rasa perit kekalahan kepada Indonesia sekali gus menyebabkan skuad Harimau Malaya tersingkir daripada saingan Piala AFF 2020 masih lagi terasa walaupun sudah beberapa hari berlalu.

Ia adalah kekalahan yang dianggap sukar diterima, mengambil kira pada satu ketika Malaysia mampu beraksi dengan baik dan mendahului perlawanan seawal minit ke-13 melalui jaringan cantik Kogileswaran Raj.

Harimau Malaya lemas

Hala tuju perlawanan bagaimanapun mulai berubah selepas itu apabila Indonesia menampilkan karakter permainan sebenar mereka, beraksi dengan pantas dan berintensiti tinggi.

Corak permainan sedemikian rupa jelas melemaskan pasukan negara kendalian Tan Cheng Hoe, apabila membenarkan Indonesia bangkit dan mendahului 2-1 melalui dua gol jaringan Irfan Jaya sebelum babak pertama perlawanan tamat.

Malaysia terus tidak mempunyai jawapan kepada corak permainan Indonesia walaupun mengubah pendekatan pada babak kedua dengan meletakkan Dion Cools di bahagian tengah.

Malah pasukan negara terus ketinggalan melalui jaringan cantik Pratama Arhan pada babak kedua perlawnaan, dan kemenangan 4-1 dilengkapkan melalui tandukan pemain pertahanan yang berpengkalan di England, Elkan Baggott.

Kecederaan bahu yang menimpa Safawi Rashid sehingga terpaksa dikeluarkan turut tidak membantu dan merumuskan malam yang buruk buat Malaysia.

Kelemahan Malaysia sudah dibaca

Kelemahan pasukan Malaysia di dalam perlawanan tersebut sebenarnya sudah dibaca oleh pengendali Indonesia, Shin Tae-yong.

Di dalam video taklimat perlawanan atau ‘tactical talk’ bersama pasukannya, jurulatih dari Korea Selatan itu telah berkongsi kelemahan bahagian pertahanan Malaysia, dan bagaimana untuk memerangkap pasukan negara.

Di dalam video tersebut, Shin Tae-yong melalui penterjemah dan pembantu beliau jelas berkata:

““Nombor 2 [Dion Cools] baru sahaja tiba, dia akan mudah letih. Main 30 pasti stamina dia akan habis.”

Shin Tae Yong turut mendedahkan pemain mana yang mereka boleh atasi secara satu lawan satu dengan hanya menggelecek dan kepantasan. Pemain itu adalah Junior Eldstal dan Baddrol Bakhtiar yang dianggap perlawahan.

“Nombor 5 [Junior Eldstal] dan 8 [Baddrol Bakhtiar], mereka berdua tidak ada kepantasan. Dribble sekali, ajak mereka bersaing secara sprint, pasti akan berjaya melepasi mereka.”

Bukan itu sahaja, berbeza dengan taktikal ketika berhadapan dengan pasukan Vietnam yang tertumpu kepada corak permainan bertahan yang kompak, kali ini Indonesia turut aktif beraksi di bahagian sayap untuk melakukan serangan.

“Kita perlu bermain agak melebar [wide], sasarkan  ke bahagian kiri kerana mereka lemah di bahagian kiri dan tak boleh menggunakan kaki kiri. Main secara agresif dan sasarkan ruang kosong di belakang mereka,” kata Shin Tae-yong.

Daripada perkongsian ini, jelas sekali posisi kiri pertahanan pasukan negara yang menempatkan Syahmi Safari turut menjadi sasaran pasukan Indonesia. Hasilnya, dua jaringan pertama oleh Irfan Jaya berjaya diperolehi dari sebelah kanan serangan Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN