[VIDEO]: Penjaga Gol Liga 3 Indonesia Meninggal Dunia Selepas Insiden Dilanggar Di Kepala

Bola sepak Indonesia menerima perkhabaran duka semalam apabila penjaga gol, Taufik Ramsyah yang beraksi bersama Tornad FC di divisyen ketiga negara tersebut (Liga 3) disahkan meninggal dunia.

Perkara tersebut berlaku beberapa hari selepas insiden penjaga gol itu dilanggar di kepada oleh penyerang pasukan lawan, ketika pasukan diwakili Taufik, Tornado FC Pekanbaru menentang Wahana FC pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Taufik beraksi cemerlang sejak minit pertama perlawanan mengawal gawang Tornado FC Pekanbaru.

Malang sekali kejadian mengerikan berlaku pada minit ke-40 perlawanan, ketika Taufik meluru mahu mendapatkan bola yang turut dikejar pemain pasukan lawan sehingga menyebabkan rempuhan.

Pengadil perlawanan yang betugas yang menyedari insiden tersebut terus bertindak memanggil pasukan perubatan untuk melihat keadan Taufik.

Dikhabarkan penjaga gol itu tidak sedarkan diri saat dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan.

Posisi penjaga gol Taufik kemudiannya digantikan oleh Aditya Prasetyo dan Tornado FC Pekanbaru masih mampu menewaskan lawan mereka, Wahana FC dengan jaringan 4-1.

Kemenangan itu bermakna Tornado FC Pekanbaru mara ke perlawanan akhir Liga 3 Asprov PSSI Riau 2021 melawan PS Siak.

Bagaimanapun dalam perlawanan yang dilangsungkan pada Isnin lalu itu, Tornado FC Pekabbaru tewas 3-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Sehari selepas perlawanan tersebut, Tornado FC Pekanbaru mendapat khabar menyedihkan apabila penjaga gol utama mereka, Taufik Ramsyah sah meninggalkan mereka buat selama-lamanya akibat kecederaan di kepala.

“Kabar duka, telah meninggal dunia Taufik Ramsyah.”

“Penjaga gawang masa depan sepak bola Riau yang sejak kecil sangat mencintai sepak bola.”

“Moment terakhirnya saat sedang mengawal gawangnya dan melakukan profesi yang amat dicintainya ini.”

“Kini Taufik sudah lebih dulu meninggalkan kita semua dengan semangat, pesan, dan buktinya untuk olahraga sepak bola ini,” tulis akun instagram Tornado FC Pekanbaru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN