Pasukan tuan rumah Thailand, Australia dan Malaysia meneruskan rentak kecemerlangan apabila masing-masing mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut di saingan peringkat kumpulan, di kejohanan AFF B-15.
Australia yang menewaskan Kemboja di perlawanan pertama, kali ini selesa menewaskan Laos 3-0, melalui jaringan Alexander Menelaou, Bernardo Oliviera dan Adrian Segecic.
FULL TIME | It finishes 3-0 to the Joeys!#AFFU15 #GoJoeys pic.twitter.com/BYAYXRucp5
— Caltex Socceroos (@Socceroos) July 30, 2019
Thailand pula membelasah Brunei 7-1 untuk memastikan maksimum 6 mata selepas dua perlawanan. Brunei setakat ini telah dibolosi 15 gol setelah tewas 8-0 kepada Malaysia pada perlawanan pertama pada hari pembukaan.
#Changsueklive ตารางคะแนนของทีมชาติไทย ใน การเเข่งขันฟุตบอล AFF U-15 Boys Championship 2019 กลุ่มบี#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #เอคโคโน่ #Ekkono #U15 #Thailand #นักฟุตบอลทีมชาติไทย #THABRU #BruneiDS
#CheerThai #ผลบอล pic.twitter.com/bFGxMBQDED— Changsuek (@Changsuek_TH) July 30, 2019
Malaysia yang masih segar dari kemenangan bergaya ke atas Brunei pula kali ini menewaskan Kemboja dengan jaringan 2-0.
2019 AFF U-15 Championship | Tuesday, 30th July 2019
Group B
MALAYSIA 2-0 CAMBODIA
Muhammad Izrin Ibrahim 63’ Muhammad Aliff Izwan Yuslan 66’#FAM #HarimauMalaya #AFFU15 pic.twitter.com/5Bs84dWiFY— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 30, 2019
Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, anak buah P. Maniam memperkemaskan rentak permainan pada babak kedua untuk sebelum membuka jaringan melalui Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke-63 perlawanan. Tiga minit kemudian, Muhammad Aliff Izwan menjadikan kedudukan 2-0 untuk pasukan negara melalui sepakan percuma menarik.
Gol kedua Malaysia U15 oleh Aliff Izwan.
Semasa
Malaysia U15 (2) v (0) Cambodia U15 pic.twitter.com/N0yCAqiHev
— NFDP Official (@NFDPOfficial) July 30, 2019
Kemenangan itu sekaligus meletakkan pasukan negara berada di tangga teratas Kumpulan B dengan kelebihan jaringan.
Perlawanan seterusnya untuk anak buah P. Maniam ialah berhadapan Laos pada 3 Ogos hadapan, tatkala Thailand dan Australia akan berhadapan satu sama lain.