Sathianathan Bidas Teong Kim Kerana Anggap Jurulatih Tempatan Seperti ‘Katak Bawah Tempurung’

LIm Teong Kim

Kejohanan AFC Bawah 16 hampir setahun telah berlalu. Namun perbalahan membabitkan bekas jurlatih Bawah 16 tahun negara, Lim Teong Kim dan beberapa individu lain di dalam industri bola sepak negara bagaikan tiada kesudahan.

Terbaru, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan menegur kenyataan jurulatih yang pernah berkelana bersama Bayern Munich itu yang dianggap seperti merendah-rendahkan keupayaan jurulatih tempatan.

Kenyataan terbaru B. Sathianathan ini dipercayai berpunca daripada tindakan Teong Kim yang mempertahankan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bukan satu kegagalan – tetapi sebenarnya dikritik oleh ramai individu di luar yang tidak sabar, seperti yang disiarkan oleh media digital twentytwo13.

AMD kilang pemain skuad kebangsaan

Antara kenyataan Teong Kim ialah bagaimana skuad Bawah 19 negara yang akan membawa cabaran di kejohanan AFF Bawah 19 pada bulan hadapan telah memanggil 12 pemain skuad AMD Bawah 17.

“Jurulatih pasukan Bawah-19 memanggil 12 pemain dari skuad AMD B-17. 12 pemain. Kontinjen paling ramai adalah dari AMD. Ketika era Bojan [Hodak], mereka memanggil sembilan pemain.

“Perlawanan [Piala Presiden] menentang Kuala Lumpur Bawah 21, pasukan B-17 kami menang 1-0. Mereka semua adalah pemain simpanan. Pasukan peringkat umur lain juga beraksi dengan baik.

LIm Teong Kim

“Ini bermakna program ini bukan gagal. Hanya ramai yang tidak cukup sabar. Misi jangka masa panjang NFDP ialah untuk menghasilkan pemain untuk pasukan kebangsaan. Misi jangka masa pendek ialah untuk layak ke Piala Dunia Bawah 17.

“Sasaran sebegini adalah berterusan tetapi sasaran utama ialah untuk menghasilkan pemain untuk pasukan kebangsaan. Apabila ada 12 pemain berada di dalam skuad B-19, apakah perkara yang boleh dinilai melalui pekerjaan kami? Bagaimana ramai mengatakan ia [NFDP] gagal?” Ujar beliau.

Kenyataan Teong Kim mendapat maklum balas Sathianathan yang berpendapat ia bukan perkara baharu untuk pasukan dengan pemain lebih muda menewaskan pasukan yang lebih senior dari mereka.

Sathianathan persoal

Bekas jurulatih kebangsaan itu turut memberi contoh bagaimana bekas pemain negara Akmal Rizal Rakli yang berusia 17 tahun pernah mendapat tempat beraksi bersama skuad B-19 negara untuk sukan olimpik.

“Pelatih di AMD berlatih setiap hari. Mereka adalah pemain terbaik dari negara ini. Jelas sekali 70% daripada pemain mereka wajar berada di dalam pasukan negara.

“Jika nak dibandingkan dengan akademi bola sepak lain, sebahagian daripada mereka hanya berlatih pada hujung minggu. Di sekolah pula, tiada latihan yang khusus,” ujar Sathianathan.

Sathianathan

Turut menjadi rujukan Sathianathan ialah bagaimana sebuah kelab di Jepun yang memiliki 10,000 pemain di peringkat pembangunan tetapi hanya seorang yang layak beraksi bersama pasukan senior – menunjukkan betapa sukar untuk menghasilkan pemain yang benar-benar berkualiti.

“I don’t think people called NFDP a failure. It’s a good programme. But the way the team played in the Under-17 World Cup qualifiers … yes, I, for one, criticised the tactics employed during the tournament,” Satiananthan added.

Sathiantahan yang kini adalah Ketua Jurulatih Selangor itu turut tidak bersembunyi menyatakan kritikan beliau terhadap taktikal yang digunakan Teong Kim ketika pusingan kelayakan Piala Dunia Bawah 17 [Kejohanan AFC B-16] pada tahun lalu – walaupun bersetuju NFDP bukan satu kegagalan.

Teong Kim hairan

Teong Kim yang nyata tidak senang dengan komen balas Sathiantahan kemudian turut mempersoalkan sama ada kenyataan oleh Sathianathan itu diambil dari fakta yang benar.

“Beliau [Sathianahan] mengkritik taktik ketika perlawanan kelayakan B-17 tahun lalu. Apa masalah dengan taktik tersebut dan perlawanan mana yang beliau maksudkan?

“Sathianathan juga bercakap terdapat sebuah kelab Jepun dengan 10,000 pemain remaja. Kelab mana satukah ini, dan bagaimana beliau datang dengan angka [10,000] ini?

“Kami di Bayern Munich hanya mempunyai kurang dari 20 pemain yang tamat dari akademi setiap tahun,” persoal Teong Kim pula juga melalui artikel twentwo13.

Bukan katak bawah tempurung

“JANGAN ingat saya dan jurulatih tempatan yang lain katak bawah tempurung”.- Demikianlah kenyataan B. Sathianathan kepada Lim Teong Kim seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro pada hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Teong Kim yang bertanya mengenai taktikal yang dipersoalkan beliau, Sathianathan berkata:

Tentang perlawanan (Kejuaraan AFC B-16 membabitkan pasukan Malaysia di Kumpulan A) kita dah buat kajian dan melihat taktikal permainan bersama beberapa jurulatih ada kelemahan (dalam corak permainan).

“Sekarang pun dah video dan juga Youtube, boleh tengok banyak kali berulang-ulang. Tapi kalau dia ingat jurulatih tempatan katak bawah tempurung, saya ingat Bala [S. Balachandran] lagi hebat,” katanya kepada Arena Metro semalam.

“Tak ada orang kacau NFDP atau AMD, dan tak ada orang suruh berhenti sebaliknya semua orang sokong. Saya sendiri suka akan program ini kerana ia adalah program pembangunan.

“Jadi jangan putar belit kata macam-macam hentam beliau [Teong Kim] padahal kita bercakap sebab sayangkan bola sepak negara. Kalau ada kelemahan ambil ianya secara positif dan jangan salahkan orang lain,” kata jurulatih Selangor itu.

Apa kesudahannya?

Apa pun kesudahannya pertikaman lidah sebegini, pada kami semua pihak perlu melupakan persengketaan lalu, dan kembali bekerja keras demi bola sepak negara.

Semua pihak boleh mengkritik, tetapi tidak ramai yang mampu bekerja dan melakukannya. Sama-samalah kita belajar dari kegagalan lalu, teruskan usaha dan jalankan tanggungjawab masing-masing sesuai dengan peranan yang dimiliki. Kerana di sebalik tanggungjawab itu taruhannya adalah masa depan bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN