Selain pertemuan di antara Malaysia dan Vietnam satu lagi perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang turut berlangsung pada waktu yang sama pada awal pagi tadi ialah perlawanan membabitkan Indonesia menentang UAE.
Tidak ada apa lagi yang perlu diperjuangkan oleh Indonesia setelah sah menduduki tempat tercorot Kumpulan G, selain daripada maruah dalam pertemuan menentang UAE.
Bagaimanapun skuad kendalian Shin Tae-yong itu sudah pun dikejutkan oleh penganjur walaupun sebelum pengadil meniup wisel permulaan.
Ia berikutan kesilapan teknikal pihak penganjur yang tiba-tiba memutarkan lagu kebangsaan Negaraku, dan bukannya Indonesia Raya yang seperti yang sepatutnya.
Situasi tersebut membuatkan kesebelasan utama pemain Indonesia yang sudah bersemangat untuk menyanyikan lagu kebangsaan mereka terpinga-pinga. Beberapa pemain Indonesia juga kelihatan mula bertanya sesama sendiri.
Penyokong Indonesia yang hadir di Stadium Zabeel, Dubai yang mula menyedari kesilapan tersebut mula menjerit tidak puas hati atas blunder atau kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku ini.
Ternyata walaupun kesilapan ini pernah terjadi dalam acara sukan yang lain namun ini tetap satu kesilapan yang memalukan dan tidak sepatutnya terjadi. Apatah lagi jika ego dan perseteruan selain sejarah politik Malaysia dan Indonesia diambil kira.
Show us respect!!@afcasiancup @theafcdotcom @Indostransfer @MafiaWasit pic.twitter.com/iRNyKFRQDP
— HOBI BALBALAN (@hobibalbalan) June 11, 2021
Lagu Negaraku hanya dihentikan selepas pihah Timnas Indonesia bertindak menegur kesalahan yang dilakukan oleh pihak petugas stadium.
Hanya selepas itu lagu Indonesia Raya dikumandang di stadium. Penonton yang hadir terus bertepuk tangan dan turut sama menyanyikan lagu kebangsaana Indonesia, Indonesia Raya.
Dalam perlawanan tersbut, Indonesia dibelasah UAE 5-0. Ali Ahmed Mabkhout da Fabio Lima masing-masing menjaringkan dua gol, dan satu lagi jaringan UAE dihasilkan oleh Sebastian Tagliabue.
Baca artikel lain mengenai bola sepak Indonesia:
Shin Tae-yong Berang Dengan Penterjemah Indonesia Di Sidang Media
Ini Respon Ketum PSSI Mengenai Tawaran Kepada Pemain Indonesia Daripada Liga M