Semalam, sebuah laman Facebook, ROTP telah memuat naik petikan klip video pemain-pemain cilik dari Malaysia yang sedang memperkenalkan diri mereka.
Setakat hari ini, ia menarik perhatian ramai dengan 220 komen dititipkan dan hampir 190 perkongsian di kalangan warga Facebook. Apa yang menarik terkandung dalam klip video itu? Ia adalah rangkuman para pemain cilik memperkenalkan diri mereka.
Difahamkan ia adalah petikan rancangan Soccer Kids terbitan TV3 yang mula disiarkan lebih sedekad lalu. Konsep yang sama dengan MyTeam, rancangan ini mencari sebuah pasukan tetapi disasarkan pemain-pemain cilik Malaysia di bawah umur 12 tahun.
Soccer Kids telah ke udara untuk enam musim. Setiap musim mereka akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab dalam dan luar negara seperti Vissel Kobe (Jepun), Woodland Soccer Academy (Singapura) dan Chonburi (Thailand).
Untuk rekod, Soccer Kids telah bersiaran sekitar tahun 2008 hingga 2014 dan menerusi rancangan tersebut, beberapa pemain cilik itu kini sedang menempa nama mereka dalam saingan Liga Malaysia dan ada yang sudah mewakili skuad Harimau Malaya.
Selain Soccer Kids, Malaysia juga memiliki lagi rancangan realiti bola sepak antaranya MyTeam (TV3), Mencari Ramli (TV3) Soccastars Malaysia (Astro), Tiger Futbol Starz (Astro) dan Super Soccer Star Malaysia yang telah diterbitkan oleh RTM.
Siapa yang anda kenal di dalam petikan kilp video di bawah? Siapa pemain yang telah melangkah jauh dalam bidang bola sepak ketika ini? Sila senaraikan dan kongsikan di ruangan komen. Jom kita saksikan petikan pendek klip video tersebut.
Dah tengok? Jom baca artikel lain mengenai bola sepak Malaysia dan antarabangsa:
Copa America: Akhirnya Messi Menang Juga Piala Bersama Argentina!
Keputusan Tepat FAM Hantar Skuad B-20 Ke Pusingan Kelayakan Piala Asia B-23?
“Budak Milo” Bantu Sepakan Penjuru Alexander-Arnold Benam Barcelona Terima Kontrak Profesional