VIDEO: Sepanyol Dimalukan Croatia Dengan Gol Kemenangan Minit Akhir

Croatia menjaringkan gol minit akhir untuk kemenangan penuh dramatik menentang Sepanyol di pertandingan UEFA Nations League pada awal pagi tadi.

Kemenangan kepada Croatia itu juga bermakna semua tiga pasukan di dalam Kumpulan A4 berpeluang menjadi juara kumpulan dan mara ke peringkat seterusnya.

Dua gol dari Tin Jadjav- termasuk gol kemenangan minit ke-93 perlawanan memberikan kemenangan kepada Croatia dalam perlawanan yang diadakan di Zagreb itu.

Foto: Reuters

Andrej Kramaric terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Croatia, dan dua gol Sepanyol dihasilkan oleh Dani Cellos dan Sergio Ramos.

England akan berhadapan dengan Croatia pada Isnin hadapan. Pemenang perlawanan tersebut akan mara ke pusingan akhir dan berpeluang dinobatkan sebagai juara sulung UEFA Nations League yang melayakkan slot automatik ke Euro 2020..

Sepanyol akan bergelar juara kumpulan jika perlawanan di antara England dan Croatia ini berkesudahan dengan seri.

Croatia dibelasah 6-0 dalam pertemuan pertama dengan Sepanyol di pertandingan ini- terlebih dahulu mengancam kubu lawan melalui Ivan Perisic seawal minit ke-6.

Tidak lama selepas itu, Kramaric berjaya menewaskan David de Gea, namun jaringan pendahuluan Croatia pantas dipadam oleh Ceballos dua minit kemudian.

Jedvaj menjaringkan gol sulung antarabangsa beliau untuk Croatia selepas menanduk masuk hantaran pemain tengah Real Madrid, Luka Modric. Namun Sepanyol kembali bangkit menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti Sergio Ramos selepas bola terkena tangan Sime Vrsaljko.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan jaringan penyerang Chelsea, Alvaro Morata dibatalkan kerana berada di kedudukan offside.

Croatia hampir boleh melupakan peluang kemaraan, sebelum cubaan rendah Marcelo Brozovic muntah dari dakapan De Gea sebelum disambar Jedvaj untuk gol kemenangan pasukan tuan rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN