“Ini tahun yang istimewa bagi saya. Pertama kali saya menang 5 piala dalam satu tahun yang sama. Saya membiarkan aksi saya di atas padang bercakap untuk saya kepada sesiapa yang mengikuti bola sepak saya.”
Itulah luahan pemain yang baru menang Ballon d’Or ke-5, DCristiano Ronaldo kepada wartawan selepas membantu Real Madrid menjuarai Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi menewaskan Gremio.
5 – Real Madrid have won five titles in the same calendar year for the first time ever (La Liga, Champions League, Spanish Supercup, European Supercup, FIFA Club World Cup). Dream. pic.twitter.com/XkEZ9ppVkT
— OptaJose (@OptaJose) December 16, 2017
Ini adalah kejuaraan Kelab FIFA yang ke-3 oleh Real Madrid, menyamai rekod Barcelona. Mereka juga menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan selama 2 musim.
Kejayaan ini juga meletakkan Zidane sebagai pengurus yang memenangi lebih banyak piala berbanding dengan 5 pengurus terakhir Real Madrid.
Zidane memenangi 8 kejuaraan setakat ini daripada 115 perlawanan. Manakala Juande Ramos, Mourinho, Ancelotti dan Benitez jika digabung hanya memenangi 7 piala dalam 397 perlawanan dalam 8 tahun.
Ini adalah detik jaringan kejuaraan oleh Cristiano Ronaldo:
https://twitter.com/FanAnticsFC/status/942100127736573953
https://www.youtube.com/watch?v=IP4ap-EMcxc
https://youtu.be/ZiLD-QV2dEI
Luka Modric dipilih pemenang bola emas (pemain terbaik kejohanan), manakala Ronaldo memenangi anugerah bola perak. Ronaldo sudah memenangi 4 kejohanan kelab dunia setakat ini. 3 dengan Real Madrid dan 1 dengan Manchester United.
Satu tonik yang berharga untuk Real Madrid sebelum aksi el-clasico pada 23 Disember ini di Bernabeu.
https://www.youtube.com/watch?v=Y_JVV6rm0KE
Tahniah kepada Real Madrid di atas kejuaraan pasukan anda menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2017.