Skil Ronaldo Nazario De Lima ataupun digelar El Fenomeno memang salah satu perkara yang sinonim dengan beliau dan salah satu hiburan peminat bola sepak satu ketika dahulu.
Ronaldo antara penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak. Pemain yang dikurniakan dengan bakat ‘tarian’ di kakinya.
Memiliki fizikal yang besar membuatkan Ronaldo sangat sukar untuk dicabar secara fizikal oleh lawan beliau. Ronaldo juga memiliki seni kaki (footwork) yang sangat luar biasa.
Sebut apa sahaja skil, elastico, roullete, step-over, sombrero, semuanya boleh dilakukan oleh beliau. Malangnya karier beliau bertarung dengan kecederaan yang teruk. Jika tidak, sudah pasti rekod jaringan beliau lebih fenonema.
Ayuh saksikan di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=y-P8owvfsOs
Banyak lagi kompilasi skil Ronaldo yang menjadi rujukan ramai pemain profesional pada hari ini ketika mereka masih kecil dan remaja.
Dan kami yakin, ramai pembaca semuanyaBOLA satu ketika dahulu selalu cuba ‘menjadi Ronaldo’ di atas padang bola sepak ataupun futsal.