Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Video: Lihat Tiki Taka Barcelona Era Guardiola Memecahkan ‘Bas’ Lawan

Kami kongsikan satu rakaman video bagaimana pasukan Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola satu ketika dahulu memecahkan blok ultra-defensif pasukan lawan mereka, Real Sociedad.

Real Sociedad bertahan dengan 9 pemain di belakang bola dalam koordinasi 4-5-1. Pasukan Real Sociedad bertahan dengan baik, kompak dan berdisiplin.

Barcelona menggunakan sistem tiki-taka dengan hantaran rendah untuk mewujudkan banyak sekali hantaran killer passes untuk membuka ruang.

Barcelona cuba untuk memecah masuk ke zon 14 sedaya upaya supaya tidak ditolak terlalu ke sisi oleh pihak lawan.

Pertukaran hantaran dengan beberapa siri pertukaran posisi akhirnya membuahkan hasil. Saksikan di sini.

Apa yang boleh kita gariskan adalah, kesabaran untuk terus cuba menarik keluar pemain lawan dan cuba memecahkan blok pertahanan lawan.

Sokongan yang cepat diberikan oleh rakan di semua arah untuk memastikan opsyen hantaran itu sentiasa ada. Ia nampak macam mudah tetapi ia sebenarnya memerlukan staminan, teknik hantaran, teknik menerima bola, teknik bergerak dalam ruang kecil yang baik.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!