Quantcast

LIGA MALAYSIA

Video: Ridzwan Minta Maaf Kerana Tuduh Jurulatih Dan Pemain Kedah Makan Suap

Sebelum ini kecoh di media sosial selepas seorang pemilik akaun Facebook Muhamad Ridzwan menuduh Nidzam Adzha dan 6 pemain Kedah telah menjual perlawanan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang JDT pada 4 November 2017.

Dakwaan Muhammad Ridzwan itu menjadi tular di media sosial dan ramai juga yang mempercayainya. Ia mendapat perhatian serius daripada Presiden KFA yang minta orang yang menuduh tampil melaporkan kepada SPRM jika ada bukti.

Nidzam Adzha telah membuat laporan polis dan meminta Muhammad Ridzwan tampil menarik balik kenyataan beliau ataupun mengheret Ridzwan ke mahkamah.

Semalam kami menerima satu video penjelasan oleh Muhammad Ridzwan yang meminta maaf di atas status kontroversi itu.
Ridzwan memberitahu dia tidak ada niat memfitnah sebaliknya kenyataan itu adalah kerana rasa terlampau emosi.

Dia telah membuat laporan polis tentang hal itu dan menyatakan dia telah berusaha menemui pemberita untuk membuat kenyataan media tetapi gagal. Berikut adalah penjelasan Muhammad Ridzwan:

Berlapang dada dan berpada-padalah ketika meluahkan status di media sosial.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!