UCL: Liverpool Menang Besar, Man. City Kalah, Monaco Dibelasah

Kumpulan E: Liverpool belasah Spartak Moscow

Liverpool cemerlang membelasah Spartak Moscow 7 gol tanpa balas. Phil Coutinho menjaringkan hatrik, Mane 2 gol manakala Firmino dan Mohamed Salah masing-masing dengan 1 gol.

Spartak Moscow tidak mampu menyaingi kehebatan lawan mereka yang memiliki unit serangan yang sangat berbisa.

Sevilla mengiringi Liverpool ke pusingan kalah mati selepas seri 1-1 dengan Maribor. Spartak Moscow akan ke pusingan 32 pasukan Liga Europa

Kumpulan F: Man. City dan Napoli tewas

Manchester City tewas pertama kali musim ini. Shaktar Donestk mendahului City 2 gol  pada separuh masa pertama. Skuad Pep Guardiola merapatkan jurang pada minit akhir menerusi Sergio Kun Aguero.

Percaturan Pep Guardiola tidak menjadi kali ini. Beliau Fernandinho sebagai bek tengah dan merehatkan beberapa pemain utama.

Tetapi City tetap memiliki kualiti skuad yang hebat. Maksud kami di sini adalah percaturan taktikal Guardiola kurang berkesan.

Pada pusingan sebelum ini, Shaktar Donestk turut memberikan masalah kepada City. Kedua-dua pasukan mara ke pusingan kalah mati.

Napoli tewas di tangan Feyenoord. Dan itulah kemenangan pertama Feyenoord musim ini. Napoli mengalami kekalahan kedua mereka dalam 2 perlawanan berturut-turut. Napoli akan bersaing di pusingan kalah mati Liga Europa.

Kumpulan G: Besiktas cemerlang, Monaco tutup cerita dengan teruk

Apa sudah jadi dengan semifinalis musim lalu, pasukan Monaco? Kehilangan ramai pemain utama ternyata memberikan impak besar kepada pasukan yang cemerlang di UCL musim lalu.  Monaco dibelasah 5-2 oleh FC Porto.

Monaco melepaskan 16 bolos dalam kejohanan kali ini. Rekod bolos paling teruk oleh pasukan dari Perancis dalam sejarah UCL.

Jaringan minit akhir oleh Talisca membolehkan Besiktas meneruskan rentak cemerlang di peringkat kumpulan UCL kali ini. Besiktas menang 2-1 ke atas naib juara Bundesliga musim lalu, RB Leipzig.

Besiktas menjadi juara kumpulan diikuti oleh FC Porto. Leipzig akan ke pusingan kalah mati Liga Europa. Manakala Monaco bungkus awal.

Kumpulan G:  Real Madrid dan Spurs terus cemerlang

2 gol Aubameyang tak cukup untuk membantu pasukan beliau. Real Madrid menang 3-2 ke atas Borussia Dortmund. Prestasi ini terus membuatkan penyokong Dortmund kecewa.

Borussia Dortmund masih gagal menang dalam 8 perlawanan terakhir mereka.

Spurs tiada masalah menang ke atas Apoel 3-0 di Wembley. Spurs menjuarai kumpulan G diikuti Real Madrid. Manakala Dortmund akan beraksi di saingan kalah mati Liga Europa.

Sebagai rekod, buat pertama kali 5 pasukan daripada liga yang sama mara ke pusingan 16 pasukan terakhir UCL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN