Kapten Real Madrid, Marcelo tidak sengaja telah memijak logo Manchester City ketika melangkah masuk ke Stadium Etihad untuk sesi latihan menjelang separuh akhir UEFA Champions League (UCL)- dan reaksinya seperti telah melakukan dosa besar.
Real Madrid tewas 4-3 dalam perlawanan pertama separuh akhir pertandingan kelab elit Eropah itu pada awal pagi tadi, namun masih berpeluang mengubah nasib mereka dalam perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu pada minggu hadapan.
Menjelang perlawanan pada awal pagi tadi, pemain pertahanan Brazil dan rakan sepasukannya sempat menjalani latihan di Etihad pada Isnin lalu.
Upon entering the match stadium, Captain Marcelo steps on the City crest to show Militao 👀#Marcelo #realmadrid #militao #ManCity pic.twitter.com/taBlS8ifN6
— Faycal Ab (@abfaycal1) April 25, 2022
Sesi latihan yang dibuka kepada media itu membenarkan reaksi Marcelo itu dirakam oleh kamera.
Tatkala barisan pemain Real Madrid melangkah masuk ke stadium, Marcelo yang sedang sibuk berbual dengan rakan sepasukan yang lain tidak menyedari telah memijak logo Man City yang berada di tengah laluan masuk ke padang.
https://youtu.be/MlWdq-wIHuo
Tindakan beliau itu kemudiannya ditegur oleh rakan sepasukan yang lain. Marcelo yang tidak menyedari dirinya berjalan di atas logo Man City kemudiannya dilihat menyesal dan menekup kepala dengan kedua-dua tangannya – seolah-olah ia adalah dosa besar yang akan membawa nasib malang kepada pasukannya.
Sebenarnya ramai pemain bintang dunia mengelak untuk memijak logo pasukan lawan – terutama ketika berkunjung ke stadium lawan – sebagai tanda hormat.
Rodrigo de Paul, Luis Suárez and Ángel Correa all avoided stepping on Manchester City’s crest before entering the stadium for training.
Respect 👏 pic.twitter.com/sQTlx5kUEz
— Atletico Universe (@atletiuniverse) April 4, 2022
Dalam pertandingan UCL pada musim ini, pemain Atletico Madrid, Rodrigo, Luis Suarez dan Angel Correa turut melakukan perkara yang sama – walaupun ada juga pemain lain seperti Antoine Griezemann yang bersikap acuh tidak acuh dengan perbuatan sedemikian seolah-olah ianya normal.
https://twitter.com/JAJA___85/status/1517248909579489280?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1517248909579489280%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsemuanyabola.com%2Fvideo-elak-pijak-logo-jdt-penjaga-gol-kawasaki-frontale-hormati-lawan%2F
Penjaga gol simpanan Kawasaki Frontale, Shunsuke Ando turut mendapat perhatian di pertandingan AFC Champions League baru-baru ini apabila turut mengelak memijak logo JDT di Stadium Sultan Ibrahim, ketika sesi latihan rasmi menjelang pertemuan pertama kedua-dua pasukan di dalam saingan Kumpulan I sebelum ini.