Bukan Untuk Sukan SEA, Noaa Laine Dipanggil Brad Maloney Untuk Evaluasi Dan Sertai Projek Lebih Besar

Kehadiran pemain kacukan Malaysia-Finland, Noaa Laine bersama skuad negara di kem latihan pusat untuk persiapan ke Sukan SEA sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar.

Menurut laporan Bernama pada hari ini, mengesahkan khidmat Noaa Laine tidak akan digunakan oleh Brad Maloney di Sukan SEA yang akan berlangsung pada pertengahan Mei hadapan.

Ini kerana pemain itu tidak didaftarkan untuk menyertai skuad negara untuk temasya tersebut sebelum ini.

Pemain Kacukan Malaysia-Finland, Noaa Laine Perkuat Skuad Brad Maloney Ke Sukan SEA

Kehadiran pemain perancang berusia 19 tahun yang berpengkalan di Finland itu pada mulanya dianggap sebagai kejutan, dan ramai bertanggapan Noaa akan memperkuatkan pasukan negara di temasya dwi tahunan tersebut.

Namun demikian itu bukan perancangan sebenar ketua jurulatih skuad B-23 negara.

Tetapi menurut Maloney pemain itu dipanggil untuk menjalani latihan bersama untuk dievaluasi kemampuannya sebelum diserap ke dalam skuad B-23 yang akan beraksi di kejohanan AFC B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada Jun nanti.

Selain daripada pertandingan tersebut, Noaa Laine turut akan beraksi di Sukan Asia yang akan berlangsung pada September hadapan sekiranya memiliki kriteria yang dimahukan.

Merupakan seorang pemain tengah menyerang, Noaa adalah pemain kelab Veikkausliiga Finland – divisyen tertinggi piramid bola sepak Finland – Seinäjoen Jalkapallokerho (SJK Seinäjoki).

Pada musim lalu, Noaa tampil dalam 19 perlawanan membabitkan pasukan senior pasukan itu dan menjaringkan satu gol.

Pemain itu mempunyai pertalian dengan negara ini melalui ayahnya yang berasal dari Malaysia, manakala ibunya pula berasal dari Finland.

Noaa dianggap sebagai salah seorang pemain berbakat dan berpotensi besar di Finland dan pernah beraksi bersama skuad B-16 dan B-17 Finland dalam beberapa pertandingan antarabangsa a sebelum ini.

Nama beliau turut berada di dalam senarai yang dipanggil menyertai skuad B-18 Finland untuk kem latihan pusat sebelum ini, namun tiada aksi kompetitif membabitkan pasukan tersebut pada ketika itu disebabkan pandemik yang melanda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN