Kerancakan Premier League Akan Berterusan Di Astro Sehingga 2025

Premier League Astro

Berita baik menanti semua peminat tegar Premier League di Malaysia apabila Astro akan terus menyajikan siaran terbaik dari liga terulung dunia itu untuk tiga musim lagi.

Astro sebagai penyiar rasmi Premier League di Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka akan terus menyiarkan aksi bola sepak berkualiti tinggi dari England sehingga musim 2024/2025.

Dalam satu majlis khas yang diadakan di Auto Bavaria, Jalan Tun Razak pada 23 April yang lalu, Astro mengumumkan yang mereka akan terus menyiarkan kesemua 380 perlawanan Premier League semusim dengan kualiti siaran yang akan ditingkatkan.

Lebih menarik, Astro turut akan menyiarkan perlawanan dalam kualiti siaran 4K UHD untuk aksi-aksi terpilih.

Lepas ni, lagi seronoklah nak layan aksi Liverpool lawan Manchester United dalam siaran 4K UHD. Lawa weh!

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith, beliau sememangnya teruja apabila Premier League terus yakin untuk menjadikan Astro sebagai hub bola sepak Inggeris di Malaysia.

“2021 adalah tahun yang cukup dahsyat untuk sukan, tetapi 2022 lebih dahsyat. Sukacitanya kami ingin mengumumkan kejayaan Astro memperbaharu hak penyiaran eksklusif Premier League di Malaysia untuk tiga tahun lagi.”

“Kami berterima kasih kepada Premier League kerana terus mempercayai kami sekali gus meneruskan hubungan baik antara dua entiti,” ujar Smith.

Premier League Astro
Smith bersama-sama personaliti Astro, Adam Carruthers dan Reem Shahwa ketika majlis pengumuman lanjutan hak penyiaran Premier League oleh Astro di Auto Bavaria, Jalan Tun Razak pada Sabtu. GAMBAR: Saiful Rizal

Lebih banyak pengisian menarik menanti!

Selain daripada membawakan aksi-aksi hangat Premier League dalam definisi tinggi, Astro juga akan terus komited memberikan liputan terbaik kepada anda.

Temu bual eksklusif, liputan tepi padang dan pelbagai kandungan tambahan lain yang bakal menanti anda sebagai pelanggan Sports Pack Astro.

Lebih menarik, anda juga berpeluang untuk menerima jemputan dari pihak Astro ke parti tontonan siaran langsung esklusif yang turut dihadiri oleh penganalisis bola sepak sambil berpeluang menenangi hadiah-hadiah menarik!

Menurut Ketua Pegawai Media Premier League, Paul Molnar, pihaknya teruja untuk meneruskan kerjasama yang dianggap beliau sebagai cemerlang dengan Astro.

Kata Molnar, strategi Astro yang menjadikan Premier League sebagai tawaran utama kepada peminat sukan di Malaysia menunjukkan yang liga tersebut begitu diminati di negara ini.

“Kami gembira melihat mereka [Astro] menjadikan Premier League sebagai bahagian penting dalam tawaran siaran langsung sukan mereka.”

Astro akan terus menjadi ‘rumah’ kepada Premier League untuk tiga musim seterusnya dan kami teruja untuk terus bekerjasama bagi menyiarkan liga ini kepada peminat baharu di Malaysia.”

Keberadaan Premier League di Astro untuk tiga musim adalah sebahagian daripada kempen More Sports, More Drama, More Thrills yang menjanjikan pelbagai aksi sukan menarik sepanjang 2022.

Dapatkan Sports Pack Astro yang terhebat dalam sejarah pada harga RM89.99 sebulan dan anda berpeluang untuk memperoleh akses siaran langsung sukan secara percuma selama 60 hari.

Info lanjut boleh didapati dengan melayari laman Astro yang kami sediakan di sini.


Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN