VIDEO: Rangkuman Aksi Keji Bruno Fernandes Yang Sering Berpura-Pura Disakiti

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dianggap pemain paling keji dan kuat menipu selepas beliau dikatakan terlalu kerap berpura-pura disakiti untuk menarik perhatian pengadil.

Terbaru beliau sekali lagi dituduh menipu ketika aksi bertemu Liverpool di Anfield dan selepas hal tersebut, peminat mula memuat naik video-video yang menunjukkan bagaimana bintang Portugal itu selalu berlakon.

Bahkan ada peminat yang turut membuat kompilasi aksi-aksi keji Fernandes yang terlalu sering berpura-pura disakiti ketika sedang beraksi di atas padang.

Manchester United dibelasah 7-0 di tangan Liverpool dalam aksi saingan Premier League pada hujung minggu baru-baru ini.

Bruno Fernandes antara pemain paling teruk dihentam selepas kekalahan memalukan itu dek kerana aksi-aksi mengecewakan yang beliau persembahkan dalam perlawanan tersebut.

Ketua pasukan Man United itu juga bahkan turut dianggap sangat memalukan oleh Gary Neville selepas tamat perlawanan tersebut.

Terdapat satu insiden dalam perlawanan tersebut, yang mana Fernandes mendakwa mukanya disakiti oleh pemain Liverpool, namun ketika menonton siaran ulang, jelas sekali yang disentuh hanyalah dadanya dan bukannya muka.

Fernandes turut dihentam kerana beliau dilihat seolah-olah meminta Ten Hag untuk mengeluarkannya pada hujung-hujung minit permainan.

BBC Sport turut melaporkan yang Fernandes sebenarnya mempersoalkan tentang posisi beliau selepas Antony Elanga masuk menggantikan Marcus Rashford.

Mudah kata, Fernandes pulang dari Anfield dengan beliau terlalu teruk dihentam oleh pelbagai pihak atas apa yang beliau tunjukkan sepanjang perlawanan.

Tular video rangkuman aksi keji Bruno Fernandes

Sikap keji Fernandes ketika bertemu Liverpool sebenarnya bukanlah kali pertama beliau lakukan dengan bintang Portugal itu sebenarnya sudah kerap melakukan hal sama sebelum ini.

Peminat memuat naik video-video yang menunjukkan bagaimana bintang berusia 28 tahun itu terlalu mudah jatuh dan menjerit kesakitan walau beliau sebenarnya sama sekali tidak disentuh.

Video rangkuman aksi keji Fernandes itu tular di laman twitter dengan rata-rata peminat bersepakat yang beliau memang pemain yang paling kuat menipu serta paling kuat melawan pengadil.

Di dalam video tersebut, beliau jelas sekali terlalu mudah rebah dan menjerit kesakitan walau sebenarnya beliau tidak disentuh.

Ada juga aksi-aksi yang mana beliau hanya disentuh sedikit sahaja namun reaksi yang beliau tunjukkan sangat mengecewakan.

Lebih teruk lagi, ada juga aksi yang mana beliau sebenarnya menyakiti lawan, tetapi berpura-pura seolah-olah beliaulah yang sedang disakiti.

Ramai juga penyokong Man United sendiri yang meminta agar Ten Hag menarik semula lilitan ketua pasukan itu dari Bruno Fernandes.

Namun begitu, pengurus dari Belanda itu lebih memilih untuk mempertahankan anak buahnya itu dengan menyatakan bahawa:

“Saya rasa dia bermain baik sepanjang musim dan dia memainkan peranan penting yang bawa kita di mana kita berada sekarang.”

Jelas Ten Hag.

“Semua orang buat silap dan kita perlu belajar. Saya perlu belajar dan dia juga perlu belajar.”

“Tiada siapa yang sempurna, semua orang akan buat silap. Dia seorang yang bijak. Saya sangat berbangga ada pemain macam dia dan dia adalah ketua pasukan ketika Harry Maguire tidak bermain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN