VIDEO: Pressing Elneny Pada Minit 91′ Yang Buatkan Lindelof Mengamuk

Tak keterlaluan untuk dikatakan, salah satu punca terbesar Arsenal dapat menewaskan Manchester United 1-0 awal pagi tadi, adalah kerana pressing Mohamed Elneny.

Arsenal sendiri sebenarnya tidaklah banyak mana mengancam kubu United. Tetapi kecekalan seluruh pemain The Gunners bertahan dan mengekalkan disiplin taktikal memberi sumbangan besar terhadap kemenangan mereka.

Ini merupakan kemenangan pertama Arsenal di Old Trafford sejak 2006. Kali terakhir The Gunners menang di sini, Emmanuel Adebayor menjaringkan gol kemenangan dan kesebelasan United masih lagi mempunyai Paul Scholes dan Cristiano Ronaldo.

Gol penalti Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-69 mengesahkan kemenangan Arsenal. Tetapi sebelum pulang dengan tiga mata, mereka perlu menampilkan persembahan defensif yang cemerlang. Puncak kecemerlangan persembahan defensif ini ditunjukkan sendiri oleh Elneny pada minit ke-91.

Pressing Elneny sesakkan United

Meskipun United membariskan 4 pemain tengah dalam sistem 4-4-2 berlian, mereka gagal merajai zon tengah padang akibat daripada tekanan (pressing) yang intensif dari dua pemain tengah Arsenal, Thomas Partey dan Elneny.

Akibatnya, Paul Pogba dan Bruno Fernandes tenggelam dalam perlawanan ini. Fred dan Scott McTominay pula sibuk mengekang kemaraan Hector Bellerin dan Bukayo Saka di bahagian sayap.

Dan tambah tidak membantu United adalah kerajinan Elneny membuat pressing.

Dalam satu insiden pada minit ke-91, Elneny dilihat membuat pressing secara berseorangan terhadap tiga pemain United. Pressing Elneny ini berjaya sehinggakan Victor Lindelof dilihat marah pemain United lain kerana tidak memberikan beliau pilihan hantaran ketika ditekan oleh Elneny.

Persembahan Elneny pada minit ke-91 ini (dan sepanjang perlawanan) membuatkan penyokong Arsenal kembali menyukai pemain tengah Mesir ini. Pada satu ketika pernah menjadi pilihan pemain Arsenal yang akan dijual selepas tempoh pinjamannya di Besiktas berakhir, Elneny kini kembali menjadi pesaing serius untuk slot pemain tengah Arsenal.

Elneny beri tenaga kepada pasukan

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak dapat menyembunyikan pujiannya kepada Elneny selepas perlawanan awal pagi tadi.

“Apa yang Mo beri kepada pasukan sangat istimewa,” kata Arteta. “Dia memang ada tenaga sebegini sebagai pemain.

“Di bilik persalinan, dia tunjukkan yang dia serius nak menang. Hari ini kami perlukan tenaga dan positiviti yang dia selalu tunjukkan, dan dia beri kami dua elemen tersebut.

“Saya sendiri pernah bermain bersama dia. Jadi saya tahu apa yang dia boleh bawa kepada pasukan. Saya suka pemain yang tiada ego, mengutamakan pasukan dan mahu menyumbang kepada pasukan tapa kompromi, tak kiralah minit pertama atau minit ke-96, seperti dia.

“[Elneny] menyumbang kepada perubahan budaya bola sepak yang saya mahukan di sini. Semua pemain sukakannya. Sekarang lebih ramai orang sukakanya kerana kualiti yang ditunjukkannya sebagai pemain.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Emery Sahkan Mustafi Dan Elneny Boleh Pergi Tinggalkan Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN