Jika anda mengikuti siaran langsung perlawanan akhir Kejohanan AFF B-19 melibatkan pasukan negara dan Myanmar, anda pasti bersetuju ianya adalah perlawanan yang amat mendebarkan.
Apa tidaknya. Selepas hanya tiga minit perlawanan berlangsung, Malaysia sudah 1-0 di hadapan melalui jaringan Awang Faiz.
Kedudukan semakin selesa selepas itu setelah Nik Akif menyempurnakan gerakan menarik pasukan Malaysia pada minit ke-18 perlawanan untuk pasukan negara mendahuli Myanmar 2-0.
Ntah apa yang berlaku selepas itu, Myanmar hanya memerlukan tujuh minit untuk bangkit.
Bermula dengan jaringan pembukaan Win Naing Tun pada minit ke-24 perlawanan, keyakinan pasukan Malaysia seolah-olah merosot, tatkala kesilapan mulai menghukum.
Dua minit selepas itu giliran kapten Myanmar, Myat Kaung Khant menjaringkan gol penyamaan buat negaranya.
Myanmar seolah-olah mendapat tonik yang mereka perlukan untuk terus menambah derita Malaysia. Minit ke-31, sepakan penjuru melencong dari Myat Kaung Khant menghukum pasukan negar untuk Myanmar mendahului 3-2.
Malaysia bernasib baik tidak dihukum lagi selepas itu, tatkala beberapa kesilapan oleh pemain saling silih tiba.
Ntah apa yang diperkatakan oleh Bojan Hodak dan barisan kejurulatihan di bilik persalinan di waktu rehat, pasukan negara tampil lebih yakin dengan corak permainan yang lebih kemas.
Myanmar pula memilih untuk bertahan, dan membalas serangan dengan gerakan balas pantas.
Usaha anak buah Bojan Hodak akhirnya membuahkan hasil. Gol penyamaan dari Shivan Pillay menerbitkan kembali keyakinan bahawa Kejuaraan AFF B-19 kali ini akan terbang pulang ke Malaysia.
Berbaki kurang 30 saat masa kecederaan, impian itu tiba. Sepakan percuma dari sudut sebelah kanan kotak penalti Myanmar oleh Nik Akif berjaya mengelirukan penjaga gol Myanmar.
Badi tewas di perlawanan akhir akhirnya berakhir, dan Kejuaraan AFF B-19 2018 sah milik Malaysia.
Gol kemenangan skuad #HarimauMalaya B-19 di final #AFFU19 tadi. ? Nik Akif… HERO! ?? #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/rIbMMQakPa
— Team Malaysia (@TeamMsia) July 14, 2018
DESERVED CHAMPIONS! ? Sekali lagi kami ucapkan syabas & tahniah buat skuad #HarimauMalaya B-19, Bojan Hodak & barisan kejurulatihan atas kejayaan #AFFU19 ini. You’ve made #MAS ?? proud! ??
Bukan sahaja jaringan Nik Akif yang menarik perhatian kami. Lenconga menarik Awang Faiz untuk gol pertama pasukan negara juga adalah jaringan yang memerlukan kualiti teknikal yang tinggi dari pemain.
Tahniah barisan anak muda. Biarkan kejayaan ini permulaan kepada lebih banyak kejayaan bola sepak negara selepas ini.
Anda boleh saksikan highlight penuh perlawanan melalui pautan di bawah: