[VIDEO]: Penyokong Real Madrid Yang Balik Awal Kalut Nak Masuk Semula Stadium

Real Madrid Penyokong

Aksi timbal balik perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu menyaksikan puluhan ribu penyokong Real Madrid hadir dengan harapan untuk melihat pasukan mereka mara ke final.

Selepas tewas tipis 4-3 pada minggu lalu, jaringan Riyad Mahrez pada minit ke-73 telah melebarkan lagi kelebihan Manchester City. Segelintir penyokong The Los Blancos yang mula putus harapan dan mengambil keputusan untuk balik awal, terutamanya pada penghujung perlawanan.

Mungkin pada anggapan mereka, untuk mendapatkan dua gol dalam hanya beberapa minit berbaki menentang pasukan yang memiliki pertahanan ampuh seperti City pastinya tidak mudah.

Tetapi dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil. Pemain gantian Rodrygo menjadi pencetus kepada malam ajaib Real Madrid.

Selepas menjaringkan gol pertama pada minit ke-90, penyerang muda Brazil tersebut menggegarkan Santiago Bernabeu hanya beberapa saat sebelum wisel penamat untuk menjadikan kedudukan 5-5 secara agregat.

Pada waktu itu, ribuan penyokong Real telah pun keluar dari stadium. Tetapi selepas mendengar dua sorakan bertingkah dalam tempoh berselang beberapa minit, mereka cuba untuk masuk semula menyaksikan perlawanan.

Namun pihak keselamatan tidak membenarkan tindakan tersebut berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Akibat dari sikap ‘gelojoh’ dan mudah putus asa, sebahagian dari mereka akhirnya terpaksa menonton 30 minit masa tambahan menerusi telefon bimbit di perkarangan stadium.

Kejadian tersebut yang sempat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial telah mendapat perhatian netizen.

Ada yang memberi komen: “Satu pengajaran paling penting dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, kamu jangan sesekali balik awal!”

Seorang lagi menciap, “Itulah akibatnya jika kami tak berikan kepercayaan kepada pasukan sehingga wisel terakhir dibunyikan.”

Jaringan penalti Karim Benzema lima minit selepas masa tambahan menoktahkan kebangkitan agung Real Madrid dan mengesahkan pertemuan epik berdepan Liverpool untuk perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Paris pada hujung bulan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN