‘Pemain Tak Sabar Bangkit Semula’ – Kedah Bakal Manfaat Aksi Laman Sendiri

Setelah teruk dibenam Sabah sebelum ini di Stadium Likas, kini Kedah Darul Aman bakal kembali bangkit untuk mempamerkan aksi lebih mantap bagi berdepan Melaka United di Stadium Darul Aman, Alor Star malam esok.

Kembali dengan semangat baharu pada perayaan Aidilfitri ini, pastinya Sang Kenari tidak lagi rela keciciran mata bagi terus mengukuhkan kembali posisi di carta Liga Super musim 2022.

Untuk rekod semasa, Kedah kini berada di tangga ketiga liga setelah mencatat tiga kemenangan dan dua kekalahan berada di belakang Johor Darul Ta’zim serta Sabah.

Mereka juga perlu mengelak daripada sebarang kekalahan atau seri lagi setelah Negeri Sembilan dan Selangor turut mengejar rapat bagi mencuri peluang merebut tiga pasukan semasa terbaik.

Menurut Aidil Sharin Sahak selaku pengendali utama Kedah, beliau mahu para pemain sentiasa memanfaatkan setiap peluang yang ada terutama kelebihan beraksi di laman sendiri agar mereka kembali mengutip mata perlawanan bagi terus menjarakkan kedudukan semasa carta liga.

“Beraksi di laman sendiri selepas memasuki bulan Syawal ini sudah pasti memberi tahap kecergasan dan keyakinan yang lebih baik buat semua pemain dalam usaha memastikan isu konsistensi tidak lagi berulang seperti sebelum ini.

“Kedah perlu memanfaatkan setiap ruang yang ada di laman sendiri kali ini dalam usaha mendapatkan mata penuh kerana itu sahaja yang akan memberi peningkatan terhadap momentum permainan ketika aksi liga dijangka akan semakin sengit selepas bersambung pada minggu ini.

“Saya yakin pemain sudah tidak sabar untuk bangkit semula dan kita harapkan semangat mereka juga akan melonjak bagi memastikan keupayaan pasukan berada pada tahap terbaik,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, Aidil turut menyeru para penyokong setia Kedah agar turun beramai-ramai ke Stadium Darul Aman bagi memberi sorakkan semangat buat para pemain agar mampu beraksi dengan lebih yakin mengatasi lawan.

“Faktor kehadiran penyokong menjadi antara elemen penting buat semua pemain bagi memastikan semangat berjuang dapat dilonjakkan dalam usaha memburu kemenangan.

“Kita juga sedar Melaka United bukan lawan yang mudah kerana mereka juga memiliki beberapa pemain ternama, namun kami akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan sasaran tiga mata yang diburu menjadi kenyataan,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN