VIDEO: Penyampai TV Argentina Bertafakur Seminit Selepas Kekalahan Kepada Croatia

Penyampai TV dan juga penganalisis sukan di sebuah stesen penyiar di Argentina bertafakur selama seminit selepas menyaksikan pasukan kebangsaan mereka tewas kepada Croatia dalam saingan kumpulan D pada Khamis lalu.

Lagaknya seolah-olah kekalahan tersebut seperti satu kematian bagi mereka.

Argentina di ambang penyingkiran dari Rusia 2018 selepas hanya memperolehi 1 mata dari dua perlawanan pertama peringkat kumpulan.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Selepas Lionel Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk perlawanan menentang Iceland berakhir dengan 1-1, Croatia menewaskan Argentina 3-0 melalui jaringan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Rebic mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol Argentina, sebelum Modric menjaringkan gol dari jariak jauh. Rakitic kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya Croatia sekaligus memberikan kekalahan terbesar Argentina sejak ditewaskan oleh Czechoslovakia 6-1 pada 1958.

Mujurlah Iceland gagal menewaskan Nigeria semalan, yang bermakna Argentina wajib menewaskan Argentina dengan harapan mengatasi Iceland dengan kelebihan gol sekiranya Iceland menewaskan Croatia.

Selepas menyaksikan skuad kendalian Jorge Sampaoli tewas, penyampai TV dan juga penganalisis sukan TyC Sports bangun bersama-sama untuk mengenang kembali kekalahan tersebut dengan bertafakaur selama seminit.

Anda boleh saksikan adegan tersebut melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN