VIDEO: Saksikan Lagu Baharu Dato’ Seri Vida Sempena Piala Dunia 2018!

Setiap kali Piala Dunia berlangsung, satu perkara yang pasti dinantikan peminat adalah lagu tema kejohanan tersebut.

Setiap edisi pastinya mempunyai lagu yang berbeza tetapi mempunyai satu misi yang sama – ingin membawa rentak Piala Dunia kepada setiap orang.

Baru-baru ini, jutawan kosmetik negara iaitu Dato’ Seri Vida telah melancarkan lagu bersempena Piala Dunia 2018 iaitu Lavida Gol Bola.

Lagu itu dilancarkan bagi memeriahkan kemeriahan Piala Dunia yang di negara kita dan ditambah dengan komen kebanyakkan pengguna media sosial mengenai lagi Aidilfitri beliau – Lavida Raya.

Lagu Lavida Raya diangkat secara sarkastik oleh sebagai lagu tema Piala Dunia 2018 versi Bahasa Malaysia kerana rentaknya yang seperti lagu bola sepak.

Lagu Lavida Go Bola ini merupakan ciptaan Cat Farish, IIIegal & Mimi Fly sementara liriknya dikarang oleh Cat Farish, Mimi Fly & Mohd Hilmi.

Lagu ini merupakan hasil terbitan Seventeen Eleven Music.

Dalam lagu ini, bekas penaja pasukan Kelantan ini turut mempromosikan produk beliau iaitu Pamoga dalam lagu ini.

Oh ya! Tak lupa juga muzik video lagu ini dirakamkan di Stadium Perak di Ipoh.

Selamat menonton semua!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN