VIDEO: Pengadil Lari Sambil Tersenyum Dikejar Pegawai Pasukan Pada Perlawanan SUKMA 2022

Perlawanan separuh akhir dalam acara bola sepak SUKMA telah pun berlangsung semalam dengan Terengganu dan Pulau Pinang berjaya mengesahkan tempat ke pentas final bagi menentukan pasukan mana bakal muncul juara.

Salah satu perlawanan yang mencuri tumpuan semalam adalah membabitkan aksi separuh akhir Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di UiTM Shah Alam, apabila ada suatu insiden tidak diingini telah berlaku.

Menerusi perlawanan tersebut yang disiarkan secara langsung di media sosial SiniJa, suatu insiden pergaduhan telah pun tercetus secara besar-besaran membabitkan kedua pasukan pada penghujung aksi disebabkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Ketika itu, Pulau Pinang sudah pun mendahului Wilayah dengan jaringan 1-0 dan insiden tersebut mula berlaku pada minit ke-88 apabila ada pergeseran telah berlaku sesama pemain di tepi padang.

Pergaduhan tersebut mula menjadi semakin panas apabila ia melibatkan lebih ramai pemain kedua pasukan yang turut mencelah sehingga memaksa beberapa pegawai perlawanan terlibat untuk menenangkan keadaan.

Namun, salah seorang daripada pegawai pasukan Wilayah jelas tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dan beliau mula mengejar pengadil bertugas sehingga separuh padang, sebelum dihalang oleh beberapa pemain.

Pegawai pasukan tersebut dipercayai tidak berpuas hati dengan layangan kad merah yang sebelum itu telah diberikan kepada salah seorang pemainnya pada penghujung perlawanan.

Susulan tindakan pegawai tersebut yang turut menyerang pengadil bertugas menyaksikan beliau juga dilayangkan kad merah dan ditahan oleh oleh pihak polis selepas itu.

Apa yang menarik ialah gelagat pengadil tersebut yang dilihat sangat tenang berlari untuk mengelak daripada pegawai pasukan itu sambil tersenyum sahaja.

Kredibiliti pengadil itu wajar diberi pujian apabila beliau turut tidak terbawa-bawa dengan emosi dan berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Keputusan perlawanan juga kekal tamat selepas itu dengan kemenangan berpihak kepada Penang menerusi jaringan tunggal daripada pemain mereka dan tidak ada lagi gol tambahan.

Lawan mereka selepas ini ialah Terengganu yang pada petang semalam telah menewaskan Selangor dengan kemenangan tipis 2-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN