Tarian Haka, adalah sejenis tarian perang yang sinonim dengan puak Maori di New Zealand.
Dengan beberapa orang (pahlawan Maori) memukul-mukul dada mereka, berteriak dan menjulurkan lidah mereka, tarian ini sering kali menggerunkan lawan dan penonton yang menyaksikannya.
Di dalam dunia sukan, tarian haka juga popular dengan sukan rugbi, khususnya untuk pasukan rugbi New Zealand, All Blacks.
Ia adalah tarian yang dilakukan secara rutin sebelum setiap perlawanan, bukan sahaja untuk menggerunkan pasukan lawan tetapi juga untuk menaikkan semangat pemain yang bakal beraksi.
Kerana itulah juga, pemain pertahanan Urawa Red Diamond yang juga merupakan pemain antarabangsa Jepun, Tomoaki Makino turut mengamalkan tarian perang sebelum perlawanan bersama kelabnya.
“Saya melakukan [tarian] sebelum perlawanan sebagai cara hipnosis diri,” jelas beliau kepada AFC Champions League.
2019.08.17. 明治安田生命J1リーグ#ヴィッセル神戸 vs #浦和レッズ#槙野智章 #TomoakiMAKINO #URAWAREDS #THISISURAWA #ノエビアスタジアム神戸 #JLEAGUE #日本にはJリーグがある pic.twitter.com/1Qc6GH4cnr
— JoHN@ (@john_level_0) August 17, 2019
“Saya memberitahu diri bahawa saya akan menang [perlawanan] dan juga lebih baik daripada pemain lawan.
“Ia sejenis cara untuk motivasi diri. Ia serupa seperti tarian haka yang diamalkan oleh pasukan rugbi New Zealand.
“Itu adalah rutin yang saya lakukan sebelum perlawanan untuk berada di zon [suasana] perlawanan”
“I tell myself that I will win, that I am better than my opponents.” – Makino on his pre-match, All Blacks-inspired routine.
#URAvGUA | #ACL2019 | #MondayMotivation
Posted by AFC Champions League on Sunday, September 29, 2019