Pemain skuad wanita St Mirren, Jane O’Toole bukanlah pemain yang dikenali seperti pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat iaitu Hope Solo dan Alex Morgan.
Tetapi tindak balasnya ketika mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Inverness Caledonian Thistle tempoh hari nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak.
O’Toole yang terjatuh ketika perebutan bola 50-50 di tepi padang telah mengalami ‘knee dislocation’ pada minit ke-50. Rakan sepasukannya mungkin beranggapan ia hanyalah kecederaan biasa dan tidak begitu mengendahkannya.
Namun amat mengejutkan apabila pemain tersebut bertindak ‘mengetuk’ dengan begitu kuat ‘knee cap’ beliau untuk meletakkan kembali di posisi asal lututnya.
Memang mengerikan apabila melihat cara kapten pasukan dari Scotland itu menangani kecederaan yang dihadapinya. Lebih menarik, Jane O’Toole dikhabarkan berjaya meneruskan aksinya sehingga ke wisel penamat ditiupkan.
Semangat juang tinggi serta keberanian wanita ini wajar dipuji walaupun St Mirren sudah pun ketinggalan 0-6 selepas beliau mengalami kecederaan tersebut.
Kredit foto: Inverness Caledonian Thistle