Analisis: Rumitnya Menjelaskan Kenapa Bayern Mahukan Firmino

Bayern Munich dikaitkan dengan bintang sensasi Liverpool iaitu Roberto Firmino. Namun ada beberapa pundit menyatakan bahawa Bayern Munich telah mensasarkan pemain yang salah kali ini.

Ini kerana ramai mengaitkan Roberto Firmino adalah pemain yang Bayern mahu serap masuk bagi menggantikan Robert Lewandowski.

Beza dua pemain ini sangat jauh. Robert Lewandowski adalah penjaring 20-30 gol semusim dan Roberto Firmino pula bukan jenis penjaring gol yang aktif.

https://twitter.com/transfersarena/status/1231882902163640320?s=19

Sebenarnya jika diamati, Bayern Munich mahukan Firmino memang bukan untuk menggantikan Robert Lewandowski. Ada beberapa pertimbangan lain yang mereka buat.

Apa yang pasti pertimbangan itu berkaitan dengan taktikal.

1. Thomas Muller

Pemain ini sudah menuju fasa akhir dalam karier beliau di Bayern. Dan Muller sudah membayangkan beliau mungkin akan meninggalkan Bayern selepas ini.

Saat ketika Lisa Muller mengambil gambar suaminya dari tempat duduk VIP pada perlawanan ini. Foto: Bavarian Football Works

Muller dan Roberto Firmino merupakan pemain yang memiliki persamaan iaitu sebagai pemain sistem (system player).

Mereka menjadi perancang di bahagian atas. Serta menjadi extra goal scorer.

2. Bayern sudah merancang untuk sistem baharu tanpa no.9

Adakah Bayern sudah merancang untuk membina gandingan serangan yang baharu?

Bayern dikaitkan dengan Leroy Sane. Pemain yang dilaporkan hampir pasti akan meninggalkan Man City dan menyertai Bayern Munich pada musim hadapan.

Jika itu yang berlaku, mereka sudah boleh memikirkan sistem gandingan baharu dengan Sane-Firmino-Gnabry di bahagian serangan.

Buat masa ini Lewandowski mungkin akan terus menjadi pemain utama mereka pada musim akan datang.

Firmino boleh masuk perlahan lahan dalam transisi pasukan untuk pembentukan sistem permainan yang baharu.

Pada masa sama mereka boleh membentuk lagi pemain seperti Gnabry sebagai pemain penjaring yang lebih prolifik.

3. Pengganti kepada Coutinho

Bayern Munich sah akan melepaskan Coutinho apabila kontrak beliau berakhir. Jadi mereka akan mencari pemain baharu sebagai second Striker mahupun no.10.

Bayern Munich menyatakan mereka tidak mahu mendpatkan Coutinho secara tetap kerana pemain itu tidak konsisten.

Firmino antara pemain yang boleh bermain sistem itu di Bayern Munich. Dan beliau merupakan antara pemain yang paling konsisten.

Rumusan

Sebenarnya, pada pandangan kami, Firmino bukan pilihan yang bagus jika Bayern mahukan impak segera. Kerana Bayern dan Liverpool ada gaya permainan yang berbeza.

Agak sukar untuk mengambil pemain sistem seperti ini jika ada perbezaan stail permainan. Liverpool tidak bermain sistem target man seperti Bayern.

Jika hujah point nombor dua dan tiga di atas ini dalam pertimbangan Bayern, bermakna mereka akan melakukan transisi jangka panjang.

Dan mungkin ada pemain yang tak suka dengan transisi yang ekstrim seperti ini.

Tetapi kami masih rasakan, alasan Bayern mahu membawa Roberto Firmino adalah kerana kebijaksanaan pemain itu dalam sistem ‘hole playing’ yang dimiliki Thomas Muller yang digelar Raumdeuter.

Namun harus diingat Firmino bukan Raumdeuter kerana hanya Thomas Muller sahaja Raumdeuter.

Akhir sekali Firmino harus mempertimbangkan sebaiknya jika ada terdetik di hati beliau mahu ke Bayern. Adakah beliau akan menjadi seefektif aksinya di Liverpool? Jika beliau ke sana.

Itulah sebab kami merasakan perkara ini agak rumit. Apa pula pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN