Video: Pelajaran Taktikal Daripada Gol Poulsen vs Peru

Yusuff Yurary Poulsen melakukan satu jaringan hasil daripada ‘fast break’ dari belakang oleh Denmark. Apa yang boleh kita pelajari daripada gerakan tersebut adalah cara mereka cuba mengeksploitasi ruang.

Ianya melibatkan banyak hantaran untuk menyimpan bola. Ini untuk memastikan bola itu dapat dihantar ke ruang yang besar di hadapan pertahanan akhir.

Dalam fasa akhir gerakan ini, Denmark berjaya mewujudkan situasi 3 vs 3.  Eriksen telah melepaskan hantaran pada masa yang sangat tepat.

Jadi dalam gerakan taktikal ini paling penting adalah:

1. Visi dan imaginasi untuk melihat dan mencipta ruang

2. Kemampuan mengekalkan penguasan bola secara individu dan berpasukan. Ini memerlukan ketenangan dan keupayaan teknikal

3. Melakukan hantaran pada masa yang tepat

4. Melakukan percubaan dengan keyakinan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN