VIDEO: Pekerja Pasaraya Bersikap Biadap Kutuk Ivan Mamut Depan-Depan Guna Dialek Terengganu

kutuk Terengganu FC pekerja pasaraya Ivan Mamut

Tular pekerja pasaraya dipercayai penyokong Terengganu FC menunjukkan sikap biadap mengutuk penyerang, Ivan Mamut secara berdepan.

Mengkritik persembahan hambar pemain adalah lumrah tetapi apabila ia dilakukan dalam situasi pemain itu tidak memahaminya, ia dilihat seperti bersikap kurang ajar dan tiada adab, malah mungkin tidak bertamadun.

Seperti anda memanggilnya dengan gelaran ‘bodoh’ atau ‘hitam’ disebabkan anda tidak sukakannya, ia tidak mencerminkan anda penyokong bijak.

Di dalam video yang tular itu, kelihatan Mamut sedang membeli keperluan dapur di sebuah pasaraya dan pekerja yang sedang melayannya dilihat seolah-olah mengejek pemain tersebut tetapi dalam loghat Terengganu.

Penyerang berusia 25 tahun itu menjadi perhatian dan bahan kritikan penyokong ketika ini selepas mempamerkan prestasi hambar dalam dua perlawanan yang dilalui – kalah dua kali, 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan 0-1 kepada Kedah Darul Aman. Malah, mereka gagal meledak gol.

Realitinya, beliau wajar menerima kritikan, tetapi ia menjadi tidak wajar apabila anda mengutuknya menggunakan bahasa yang tidak difahami.

Pembaca boleh mendengar sendiri apa yang dikatakan pekerja tersebut.

Ia juga telah dirakam oleh rakan pekerja tersebut dan disebarkan di aplikasi TikTok yang sudah tentu mahu menyebarkannya kepada pihak umum.

Video tersebut akhirnya dikongsikan oleh laman Twitter penyokong, Bola Sepak Terengganu dengan mengkritik semula tindakan penyokong itu.

Kite sebagai fans patutnya kena bagi semangat lagi untuk mereka berjaya, ya faham nak kritik tapi bukan dengan cara biadap/kurang ajor camni,” ciap laman Twitter tersebut yang tidak mahu berpihak kepada penyokong itu.

Mu nok kritik persembahan dia atas padang, dalam stadium takpe, tapi off field you should be friends with him, show our hospitality, cultural, encourage him to work harder so he can be the best striker for TFC,” ciap mereka lanjut.

Mungkin pada awalnya, penyokong ini beranggapan beliau akan mendapat sambutan hangat atas ‘keberaniannya’, tetapi ini sudah agak keterlaluan.

Malah, mereka meminta majikan pekerja tersebut mengambil tindakan sewajarnya ke atas sikap dan tindakan kurang ajar dan biadap pekerja itu.

This attitude is totally unceptable! @GiantMalaysia, please look into this issue seriously!” tegas Bola Sepak Terengganu dan diakhir ciapannya mereka berkata yang penyokong sebegini layak dianggap, “Bodo molek.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN