Video: Nemanja Matic Dapat Surat Cuti Dalam Padang, Lihat Gelagat Willian

Ketika perlawanan Manchester United menentang Chelsea, Nemanja Matic menerima satu nota daripada Jose Mourinho yang diserahkan oleh Eric Bailly kepada beliau.

Ramai yang ingin tahu apa agaknya kandungan nota tersebut. Bintang tengah United itu juga seperti Mourinho, pernah berkhidmat dengan Chelsea.

Biasanya, nota seperti itu pastinya terkandung dengan arahan perubahan taktikal dan sebagainya. Lihat reaksi Matic yang serius menerima nota daripada Eric Bailly yang sangat serius dalam menyerahkan nota itu.

Willian cuba mengusik mahu tahu isi kandungan nota itu dan Matic pula cuba ‘melindungi’ isi nota itu daripada bocor. Beliau bergegas membacanya.

Ini adalah ketika insiden itu berlaku. Anda saksikan gelagat Matic yang tidak mahu Willian melihat nota itu. ‘Rahsia taktikal pasukan’ katakan.

Sebenarnya ia adalah ‘surat kelepasan khas’ untuk beliau. Dalam satu muat naik di instagram beliau, Matic mendedahkan isi kandungan nota itu adalah:

“Anda ada 3 hari cuti.”

Ianya turut ada satu emoji senyum dilukis oleh Jose Mourinho.

Apa yang membuatkan Matic diberikan cuti 3 hari mungkin kerana beliau yang bermain dengan sangat bertenaga di bahagian tengah. Manchester United menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Wajah Matic tetap serius selepas menerima nota itu dan tidak memberikan sebarang arahan taktikal kepada rakan-rakan beliau. Apa agaknya perasaan Willian kalau dia dapat tengok kandungan nota itu.

Bertuah betul kalau bos yang bagi surat cuti tanpa perlu diminta bukan? Walaupun ia tidak bercetak, cuti tetap cuti. Selamat bercuti 3 hari Matic. Gunakan cuti sebaik-baiknya.

Jangan pula selepas cuti 3 hari jadi malas nak sambung kerja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN