Arsenal menamatkan rentetan tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang kemenangan dengan menjaringkan empat gol ketika membelasah Crystal Palace 4-1 dalam perlawanan pada malam tadi.
Nacho Monreal membuka tirai jaringan untuk The Gunners, sebelum terlibat di dalam dua lagi jaringan skuad bimbingan Arsene Wenger itu, melalui dua bantuan gol yang dihasilkan untuk Alex Iwobi dan juga Laurent Koscielny.
Alexandre Lacazette kemudiannya menyudahkan satu gerakan menyerang yang cantik daripada Arsenal untuk mereka mendahului selesa dengan jaringan 4-0, hanya selepas 22 minit perlawanan berlangsung.
Luka Milivojevic menjaringkan gol sagu hati buat Crystal Palace, namun ia gagal menghalang skuad bimbingan Roy Hodgson tergelincir ke tangga ke-13 liga.
Kemenangan buat Arsenal ini bagaimanapun mengekalkan The Gunners di tangga ke-6, 2 mata di belakang Tottenham Hotspur.
Bagaimanapun perlawanan ini berakhir dengan gak malang buat Monreall, apabila hanya kekal berada di atas padang selama 34 minit sebelum pemain pertahanan daripada Sepanyol tersebut terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.
Keberadaan Monreal di dalam kesebelasan utama Arsenal dalam perlawanan ini adalah salah satu daripada empat perubahan yang dilakukan oleh Wenger ketika tewas 2-1 kepada Bournemouth pada minggu lepas.
Mesut Ozil juga kembali ke dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan dan membentuk gandingan yang mantap bersama-sama Jack Wilshere.
Palace cuba tampil lebih baik pada babak kedua perlawanan, namun demikian terpaksa menanggung akibat kelalaian bahagian pertahanan pada separuh masa pertama perlawanan.
Kekalahan ini turut menamatkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan di tempat lawan buat Crystal Palace.
Apa pendapat penyokong Arsenal? Adakah The Gunners beraksi lebih baik tanpa Sanchez? Saksikan video highlight yang kami sediakan di bawah.
videoplayback from Ahmad Muzammil on Vimeo.