Gus Poyet Dilantik Sebagai Pengurus Baharu FC Bordeaux

Penyokong Chelsea sudah pasti akan mengenangkan nama pemain yang agak popular ini! Bersama The Blues, beliau pernah memenangi Piala FA pada tahun 2000.

Kemudiannya beliau menyertai Tottenham Hotspur pada 2001 sehinggalah bersara pada 2004.

Karier pengurusan

Bordeaux menjadi kelab keenam yang melantik beliau sebagai pengurus. Kelab Ligue 1 Perancis itu memilih beliau bagi menggantikan Jocelyn Gourvennec yang meletakkan jawatan.

Gus Poyet bakal dibantu oleh Mauricio Taricco. Mereka berdua dahulunya rakan sepasukan di Tottenham Hotspur.

Sebelum ini, Gus Poyet pernah menjadi pengurus bagi Shanghai Shenhua sejak November 2016. Namun beliau bertahan hanya beberapa bulan sehinggalah meletak jawatan pada September lalu.

Meskipun karier beliau di sana hanya sebentar, beliau masih diraikan penyokong Shenhua kerana membantu kelab itu mara jauh dalam Piala FA China.

Kejayaan sebagai pengurus

Beliau antara pembuka jalan kebangkitan Brighton.

Gus Poyet telah dipilih menjadi pengurus Brighton & Hove Albion pada musim 2009-10. Pada musim keduanya di Brighton, beliau membawa kelab itu menjuarai EFL League One.

Kejuaraan EFL League One itu melayakkan kelab itu beraksi dalam EFL Championship musim seterusnya. Kemudiannya, beliau mampu mengekalkan Seagulls sebagai kelab yang berada di kedudukan selesa di EFL Championship.

Namun begitu, Gus meninggalkan Seagulls pada musim 2012-13. Sunderland melantik beliau menjadi pengurus pada musim seterusnya.

Legasi

Diego Poyet ketika menandatangani kontrak bersama kelab Cyprus, Pafos.

Anak Gus Poyet, Diego Poyet kini beraksi di liga Cyprus, Pafos. Sebelum ini Diego Poyet beraksi untuk West Ham United dan Charlton Athletic.

Diego Poyet lahir di Sepanyol sewaktu Gus Poyet beraksi di Real Zaragoza. Meskipun beliau layak beraksi untuk England, Sepanyol dan Uruguay, Poyet Jr. masih belum memilih negara untuk karier seniornya.

Tetapi, beliau telah beraksi untuk Uruguay sewaktu Piala Dunia Bawah-20 pada 2015.

Kelab mantan pemain

Gustavo Poyet antara beberapa bekas pemain Chelsea pada penghujung 1990-an yang kemudiannya meneruskan karier sebagai pengurus.

Rakan sepasukannya di Stamford Bridge, Steve Clarke dan Dennis Wise turut menjadi pengurus untuk beberapa ketika.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN