Video: Manchester City Kembali Cipta Kemenangan Dalam Saingan Liga Selepas Tumbangkan Watford

Manchester City

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City kembali meraih kemenangan setelah hanya mencatatkan keputusan seri pada perlawanan yang lalu selepas berjaya menumpaskan Watford 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad.

Raheem Sterling menghasilkan jaringan terpantas musim ini apabila meledakkan jaringan seawal saat ke-39 selepas menerima hantaran lintang dari Leroy Sane.

City terus garang apabila menambah jaringan kedua pada minit ke-13 juga berpunca daripada hantaran lintang yang dilakukan Kevin De Bruyne.

Pertahanan Watford, Christian Kabasele yang cuba untuk menyelamatkan keadaan terpaksa menelan kepahitan apabila usaha yang dilakukannya menerjah ke gawang sendiri untuk perlawanan babak pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak Manchester City.

Skuad bimbingan Pep Guardiola yang kini meninggalkan Manchester United ditempat kedua dengan 15 mata menambah jaringan ketiga menerusi Sergio Aguero.

Berpunca dari satu lagi hantaran lintang dilakukan Kevin De Bruyne yang gagal dikeluarkan dari kawasan berbahaya oleh penjaga gol Watford, Heurelho Gomes sekaligus memberikan peluang buat penyerang antarabangsa Argentina itu menolak mudah untuk jaringan ketiga.

Watford akhirnya berjaya memperoleh jaringan saguhati pada minit ke-82 menerusi Andre Gray.

Kemenangan yang dikecapi Manchester City masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selepas mengharungi 22 perlawanan liga setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN