Mourinho: “Jesse Lingard Akan Menjadi Pemain Bintang Di Manchester United”

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya bahawa prestasi semasa Jesse Lingard bersama skuad The Red Devils adalah indikasi pemain itu sedang dalam proses untuk menjadi salah seorang pemain bintang di Old Trafford.

Pemain tengah itu telah menjaringkan 10 gol secara keseluruhan pada musim ini, di dalam semua pertandingan, termasuk satu gol cantik yang melencong masuk ketika kemenangan 2-0 ke atas Everton pada sambutan tahun baru yang lalu.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Prestasi Lingard pada musim ini adalah yang terbaik sejak dipanggil menyertai skuad utama United pada musim 2014-15.

Prestasi semasa Lingard turut dikaitkan dengan perubahan posisi oleh Mourinho yang memberikan peranan sebagai pemain tengah menyerang di bahagian tengah sejak beberapa minggu yang lalu.

Sebelum ini, Lingard lebih kerap beraksi di bahagian sayap kanan atau sayap kiri Manchester United.

Ketika ditanya oleh wartawan Sky Sports selepas perlawanan di Goodison Park akan peningkatan prestasi Lingard, Mourinho berkeyakinan bahawa pemain berusia 25 tahun itu berada di landasan yang tepat untuk tampil sebagai pemain bintang pada masa akan datang.

(Photo credit should read ANTHONY DEVLIN/AFP/Getty Images)

Mourinho dipetik sbagai berkata:

“Pemain-pemain seperti Lingard hanya mempunyai dua arah. Sama ada mereka akan menunjukkan peningkatan untuk berjaya, atau pun sebaliknya.”

“Untuk tampil sebagai pemain muda yang berbakat besar dengan potensi adalah perkara lain. Namun untuk menjadikan diri sebagai pemain yang sangat bagus di dalam karier, adalah satu perkara lain.”

“Untuk Lingard, saya percaya beliau sedang menunjukkan peningkatan untuk menjadikan dirinya pemain yang penting dan mencapai potensi sebenar untuk menjadi pemain yang sangat bagus satu hari nanti.”

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Kini kita boleh melihat bagaimana aksi Lingard lebih konsisten dalam setiap perlawanan. Beliau lebih mudah dan pantas menyesuaikan diri ketika perlawanan, memahami perlawanan dengan lebih baik, lebih bijak untuk membezakan posisi dan mencari ruang ketika beraksi.”

“Benar. Saya percaya Lingard sedang berada di landasan yang tepat untuk menjadi pemain yang kita semua harapkan,” ujar Mourinho.

Lingard yang sebelum ini turut mendedahkan beliau mempunyai sasaran peribadi untuk jumlah jaringan yang mahu dicapai pada musim ini, telah menghasilkan 7 gol dan 2 bantuan gol dari 9 perlawanan sebelum ini.

Untuk itu, produk akademi Manchester United ini pasti mengharapkan dirinya mampu mengulangi kecemerlangan tersebut, ketika Manchester United berhadapan dengan Derby County dalam saingan pusingan ketiga Emirates Piala FA di Old Trafford pada awal pagi Sabtu akan datang waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN