VIDEO: Lloris Cemerlang Nafi Sepakan Penalti Aguero, Jaringan Son Pisahkan Tottenham & Manchester City

Tottenham

Tottenham Hotspur membawa kelebihan tipis menjelang aksi kedua minggu hadapan selepas berjaya menundukkan Manchester City 1-0 pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium, awal pagi tadi.

Kecemerlangan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris menafikan sepakan penalti Sergio Aguero sudah pasti menjadi tumpuan utama pada perlawanan ini selain daripada jaringan kemenangan dihasilkan Son Heung-Min.

Sepakan penalti pada minit ke-12 itu dihadiahkan buat City selepas percubaan Raheem Sterling didakwa terkena tangan pertahanan kiri, Danny Rose.

Bantuan Video Assistant Referee (VAR) terpaksa digunakan bagi  membantu dalam mengesahkan sepakan penalti tersebut.

LONDON, ENGLAND – APRIL 09: Son Heung-Min of Tottenham Hotspur keeps the ball in play before going on to score the only goal during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Tottenham Hotspur Stadium on April 09, 2019 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Namun, Lloris bijak menghidu arah sepakan Aguero sekaligus cemerlang menepis keluar dan Jan Vertonghen mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya untuk menyelamatkan keadaan.

Aksi selepas itu berlangsung dengan rancak selepas kedua-dua pasukan melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing tetapi ia masih tidak berupaya mengubah kedudukan pada babak pertama.

Malang menimpa Spurs pada babak kedua apabila peledak utama, Harry Kane terpaksa dikeluarkan di minit ke-58 akibat kecederaan selepas diterjah Fabian Delph. Kane dilaporkan bakal terlepas aksi sehingga hujung musim ini.

Ketika kedua-dua pasukan masih gagal dalam usaha mencipta jaringan, Son Heung-Min menceriakan penyokong setia Spurs apabila memecah kebuntuan pada minit ke-78.

Son yang mendapat umpanan lambung daripada Christian Eriksen, melakukan larian yang berjaya memerangkap serta melepasi kawalan pertahanan, Fabian Delph dan kemudiannya melakukan rembatan untuk menewaskan Ederson Moraes.

Jaringan tunggal pemain skuad kebangsaan Korea Selatan itu kekal hingga tamat permainan untuk memberikan kelebihan tipis menjelang pertembungan timbal balik di Etihad Stadium pada minggu hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN