VIDEO: Lihat Pemain Remaja Galatasaray Ini Sengaja Sepak Penalti Keluar Demi Fairplay

Dalam satu aksi bola sepak remaja di antara Galatsaray dan Istanbulspor, satu aksi semangat kesukanan yang sejati dipamerkan.

Beknaz Almazbekov merupakan kapten pasukan B-14 Galatasaray. Beliau telah dijatuhkan di luar kotak penalti. Kontak itu sangat minimal dan mungkin ianya tidak patut diberikan faul sekalipun.

Jika pengadil memberikan faul, ianya jelas bukan penalti kerana berada di luar kotak. Namun begitu; apa yang berlaku, pengadil telah memberikan penalti kepada pasukannya.

Para pemain Istanbulspor ternyata terkejut dengan keputusan pengadil.

Beknaz tampil untuk melakukan sepakan itu. Paling mengejutkan beliau telah menendang bola itu keluar atas semangat fairplay. Ini kerana Beknaz merasakan keputusan pengadil adalah silap. Penalti itu tidak sepatutnya diberikan.

Sikap Beknaz itu diberikan pujian oleh pasukan lawan serta media di Turki serta beberapa media gergasi di Eropah.

Dalam perlawanan tersebut Galatasaray menang 2-0 ke atas Instabulspor.

Satu sikap terpuji dan menunjukkan kepada kita semua erti sebenar fairplay. Dan adakah anda akan melakukan perkara yang sama jika berada di tempat beliau?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN