NIVEA MEN MyPadang Musim 5 Perkasa Bola Sepak Akar Umbi Dengan Lagenda Real Madrid

Lagenda lahir hasil daripada pelaburan usaha, sikap dan peluang. Pemain boleh mempunyai bakat – tetapi tanpa usaha keras dan sikap positif, tidak mungkin mereka akan berjaya. Dan tanpa peluang, bakat dan usaha mereka akan terkubur.

Itulah yang cuba dielakkan oleh NIVEA MEN melalui program MyPadang mereka yang kini sudah memasuki musim ke-5.

MyPadang – dikuasakan oleh NIVEA MEN – merupakan inisiatif berterusan yang menawarkan peluang dan sokongan kepada pemain muda negara untuk mengasah kemahiran melalui bimbingan jurulatih bertaraf lagenda.

Pada musim kali ini, MyPadang menjemput lima lagenda bola sepak. Tiga daripadanya merupakan bekas bintang Real Madrid iaitu Fernando Morientes, Michel Salgado dan Aitor Karanka. Dua daripadanya merupakan bekas bintang liga bola sepak tempatan iaitu Syed Adney dan Robbie Cornthwaithe.

Kelima-lima lagenda ini kemudiannya berentap dengan 5 pemain muda tempatan dari pasukan NIVEA MEN dalam satu perlawanan persahabatan selama 30 minit.

Kalah atau menang bukanlah objektif utama perlawanan ini. Sebaliknya pengalaman dan tunjuk ajar bermain bersama dengan 5 lagenda ini merupakan sesuatu yang mahal dan hanya datang sekali seumur hidup.

Muhammad Hiqmar Daniel dari pasukan NIVEA MEN ternyata begitu teruja dengan pengalaman tersebut. “Tak pernah saya bayang dapat peluang bermain dengan 5 lagenda ini. Saya sangat hargai peluang yang diberikan oleh NIVEA MEN dan MyPadang kerana akhirnya impian saya menjadi kenyataan,” kata beliau.

Pengurus Beiersdorf Malaysia, Ng Hock Guan pula gembira dapat memberikan peluang tersebut kepada pemain-pemain muda negara. “Di NIVEA MEN, kami berbangga kerana inisiatif MyPadang dapat membantu pemain-pemain muda kita menonjolkan potensi sebenar mereka untuk dibawa ke tahap lebih tinggi.”

Bersempena dengan pelancaran kempen MyPadang musim 5 ini juga, NIVEA MEN menawarkan peluang kepada peminat-peminat bola sepak untuk memenangi 2 tiket menyaksikan pasukan lagenda Real madrid beraksi secara langsung di Madrid, Sepanyol. Apa yang mereka perlu lakukan adalah hanya mendapatkan produk utama NIVEA MEN.

Antara rangkaian produk NIVEA MEN untuk peminat bola sepak adalah:

1. NIVEA MEN DEEP Mud Foam dengan tindakan 3x iaitu kawalan minyak selama 8 jam, mencerahkan kulit dan menyahtoksin (RM18.90 untuk NIVEA MEN DEEP Mud Foam 100g)

2. NIVEA MEN DEEP Deodorant dengan tindakan 3x iaitu anti-bau, anti-peluh dan perlindungan anti-bakteria (RM17.26 untuk NIVEA MEN DEEP Deodorant Spray 150ml, RM11.90 untuk NIVEA MEN DEEP Deodorant Roll-On 50ml)

Peminat bola sepak yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai NIVEA MEN dan MyPadang serta bagaimana untuk memenangi tiket perlawanan Real Madrid Legends secara langsung di Madrid, Sepanyol boleh melayari https://www.facebook.com/myniveamen/.

Maklumat lanjut mengenai produk NIVEA MEN boleh diperolehi di https://www.niveamen.com.my/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN