Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya meledak gol senior pertamanya bersama Njardvik FC dalam aksi awal pagi tadi.
Ia dihasilkan pemain yang dipinjam dari KV Kortrijk itu ketika membantu membenam KFA 4-1 dalam pusingan 32 Icelandic Football League Cup.
Walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian, Luqman membuktikan sentuhannya tidak boleh dipandang mudah lawan apabila menanduk masuk hantaran lintang rakan sepasukan di penghujung perlawanan.
Kemenangan besar itu sekaligus membawa Luqman dan Njardvik ke peringkat suku akhir. Selain itu, ia juga merupakan kemenangan dan gol yang bermakna buat dirinya apabila bakal menyambut Aidilfitri pada esok.
Ini adalah penampilan keduanya di kejohanan tersebut bersama Njardvik.
4-1 sigur gegn KFA í 32 liða úrslitum Mjólkurbikarsins, og farseðilinn í 16 liða úrslitin tryggður.
Mörk Njarðvíkur gerðu:
Marc ⚽️⚽️
Oumar ⚽️
Luqman ⚽️Dregið verður í 16 liða úrslitin næstkomandi miðvikudag
Áfram Njarðvík! pic.twitter.com/AEC414eYg6
— NjarðvíkFC (@fcnjardvik) April 20, 2023
Luqman memilih untuk berkelana ke Iceland selepas gagal mendapat minit permainan yang lebih bersama KV Kortrijk. Beliau banyak memanaskan bangku simpanan dan bermain bersama skuad B-21.
Pengarah bukan eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad pernah menyatakan pemain berusia 20 tahun itu menerima tawaran juara divisyen 3 di Iceland, Njardvik FC adalah disebabkan telah dijanjikan mendapat minit permainan.
“Walaupun ia adalah kelab yang berada di divisyen kedua, kami dimaklumkan Luqman akan diberikan peluang untuk beraksi di dalam setiap perlawanan, sekali gus membenarkan diri untuk membuktikan sesuatu,” ujar Amin.
Sepanjang musim ini, Luqman hanya pernah melakukan satu penampilan bersama KV Kortrijk iaitu pada 22 Oktober lalu, apabila beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit akhir permainan menentang Westerloo.
Ia tidak bermakna beliau tiada masa depan bersama kelab Belgium itu kerana turut dimaklumkan prestasinya di Njardvik sentiasa dipantau oleh barisan kejurulatihan Kortrijk kerana prestasi baiknya bersama skuad B-21.
Gol pertamanya di peringkat senior ini dilihat turut diraikan oleh Amin dengan satu ciapan di laman Twitter, “Gol senior pertama Luqman secara rasmi di Eropah. Selamat Hari Raya @luqmansham10.”
First goal of Luqman Hakim @luqmansham10 in official match with Njarðvík FC in match against Leiknir 4-1 in Icelandic Cup 2022/23 last night
🎥 : Njarðvík FC
Keep follow : https://t.co/EtpAYcvF28#Mjólkurbikarinn #IcelandicCup #Njarðvík #LuqmanHakim#SNESports pic.twitter.com/t0GQiGTxXk
— SNEsports (@SNE_Sports) April 21, 2023