Video: Lihat Besiktas Umumkan Vagner Love Ala Kisah Cinta Bollywood

Vagner Love sah menyertai Besiktas dari Alanyaspor. Penyerang dari Brazil ini setuju dengan kontrak 1.5 tahun di Besiktas. Kontrak tambahan 1 tahun automatik akan diaktifkan sekiranya beliau beraksi 25 perlawanan untuk kelab.

Beliau menjaringkan 34 gol daripada 44 penampilan bersama Alanyaspor. Besiktas membayar €3.7 juta untuk Vagner Love dengan kontrak keseluruhan €2.53 juta.

Namun angka itu adalah maksimum jika beliau menepati kesemua kriteria dalam kontrak. Jika tidak, beliau hanya akan menerima kurang daripada angka itu.

Sesuatu yang menarik adalah cara Besiktas mengumumkan kedatangan Vagner Love ke kelab itu. Mereka membuat satu video bertemakan cinta.

Dengan satu tagline, ‘mereka berkata cinta (love) itu hanya ada di dalam ‘movie. Kami pula berkata, datanglah ke Besiktas.’

Ia adalah merujuk kepada, orang lain terpaksa pergi ke pawagam untuk menyaksikan cinta, sebaliknya Besiktas pula meminta ‘cinta’ datang kepada mereka.

https://twitter.com/Sporf/status/957970094411472896

Ia mengingatkan kami kepada filem Bollywood yang jiwang dengan sentuhan visual yang romantik. Selamat datang ke Besiktas ‘Cinta’. Bertemulah dengan hero kamu Pepe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN