Taktikal Rajagobal Buatkan Mahali Nekad Ke PKNS, Tinggalkan JDT

Mahali

Pemain sayap JDT, Mahali Jasuli nekad untuk menerima tawaran daripada PKNS FC. Pemain itu akan menjalani tempoh pinjaman bersama dengan PKNS FC.

Sebelum ini JDT telah membuka ruang kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Mahali Jasuli. Beliau yang masih mempunyai kontrak dengan JDT pastinya bukan murah jika ada pasukan mahu menebusnya.

JDT membuka peluang kepada pasukan yang mahu meminjam Mahali Jasuli pada musim 2018. Lalu pemain kelahiran Selangor ini memilih untuk menyertai pasukan PKNS FC secara pinjaman.

Bercakap kepada Astro, Mahali Jasuli memberitahu taktikal dan corak permainan K. Rajagobal adalah faktor utama beliau mahu ke PKNS FC.

Datuk Rajagobal mengendalikan sesi latihan pasukan PKNS FC. Foto: PKNS FC

Beliau juga yakin akan cepat menyesuaikan diri dengan pasukan PKNS FC kerana K.Rajagobal sudah mengenali dan mengetahui corak permainan beliau.

Mahali Jasuli berkata: “Saya telah lama mengenali gaya permainan yang diterapkan oleh Rajagobal, saya akan sentiasa bersedia untuk diturunkan beraksi di mana-mana posisi.”

Mahali Jasuli datang dengan tekad untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Kerana bagi beliau tiada tempat automatik di dalam pasukan PKNS FC.

Selain daripada alasan bola sepak, Mahali juga merasakan keputusan kali ini akan membantu beliau mendekatkan dirinya dengan keluarga beliau di Lembah Kelang.

Ianya sudah pasti satu perkara tambahan yang menarik perhatian Mahali Jasuli untuk ke PKNS.

Pastinya pemain ini cuba menghidupkan kembali prestasi beliau dalam arena bola sepak tempatan. Ini selepas beliau kehilangan tempat dalam pasukan JDT.

Agak sukar untuk Mahali memecah masuk ke dalam pasukan utama JDT. Jadi keputusan menyertai PKNS FC adalah tepat.

PKNS mendapatkan khidmat K.Rajagobal untuk musim 2018. Jurulatih yang memiliki rekod yang agak baik di negara kita meskipun tempoh yang mengecewakan di Sarawak sebelum ini.

Namun ramai masih percaya, K.Rajagobal akan menjelmakan magis beliau dalam saingan domestik 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN