Gazprom Arena merupakan halaman bagi pasukan FC Zenit Saint Petersburg yang terletak di barat Pulau Krestovsky di Saint Petersburg, Russia. Dibuka pada tahun 2017 untuk menjadi salah satu stadium bagi acara FIFA Confederations Cup 2017 dan FIFA World Cup 2018, Gazprom Arena dilengkapi dengan teknologi bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.
Apa yang menariknya, ketika Gazprom Arena siap dibina, ia lewat 9 tahun daripada tarikh asal siapnya iaitu Disember 2008. Selepas tarikh siapnya beberapa kali ditangguhkan, bajet pembinaan stadium ini meningkat hampir 5 kali ganda! Pada kos USD1.1 billion, stadium yang berkapisiti 67,000 ini dianggap salah sebuah stadium paling mahal di dunia.
Sesuai dengan kos pembinaannya yang tinggi, Gazprom Arena dilengkapi dengan pelbagai teknologi stadium terkini yang membolehkannya bertukar wajah dalam masa kurang 4 jam!
Pada hari perlawanan bola sepak, ini pemandangan Gazprom Arena.
Kemudian pada hari perlawanan hoki ais, Gazprom Arena bertransformasi seperti ini.
Persoalannya bagaimanakah rupa proses transformasi Grazprom Arena daripada sebuah stadium bola sepak kepada arena hoki ais? Mari kita lihat dalam video di bawah: