Dele Alli: Saya Terkejut Pemain Hebat Seperti Morata Mengajak Untuk Tukar Jersi

Alli

Bintang Tottenham Hotspurs, Dele Alli mengaku dirinya selalu terkejut apabila ada pemain yang dianggap lebih bagus darinya datang, lalu mengajaknya untuk menukar jersi selepas perlawanan.

Menurut Alli, tradisi menukar jersi dengan pemain lawan selepas perlawanan berakhir adalah perkara biasa yang dilakukannya sejak dahulu lagi.

Namun, apabila didatangi oleh pemain yang dianggapnya lebih ‘hebat’, ia amat mengejutkannya sama sekali.

Leicester, December 08, 2018 Tottenham Hotspur’s Dele Alli
After the English Premier League match between Leicester City and Tottenham Hotspur at the King Power Stadium in Leicester, Britain, 8 December 2018 (Photo by Action Foto Sport/NurPhoto via Getty Images)

“Saya sentiasa terkejut dengan pemain yang anda fikir sangat bagus dan selepas perlawanan, dia memanggil saya dan meminta untuk bertukar jersi.” kata Alli menerusi Dailymail.

“Itu selalu memberikan kejutan. Saya fikir tindakan (tukar jersi) seperti itu boleh mengubah persepsi anda terhadap seseorang – menunjukkan bagaimana rendahnya diri mereka.”

Alvaro Morata?

Alli memberi contoh pemain seperti Alvaro Morata, yang pernah mengajaknya bertukar jersi selepas perlawanan.

Beliau menceritakan saat dirinya didatangi penyerang Chelsea itu selepas berakhir perlawanan Spurs dengan Chelsea pada Ogos musim lalu.

“Saya fikir perkara yang paling mengejutkan adalah Alvaro Morata. Beliau adalah pemain Chelsea dan kedua-dua pasukan ini adalah musuh tradisi (London Derby).”

Kata Alli lagi, lebih mengejutkan apabila Morata turut memuat naik gambar jersinya di media sosial Instagram – milik penyerang kelahiran Sepanyol itu.

“Saya rasakan dia memuat naik (gambar) di Instagram selepas itu. Hanya ingin menunjukkan betapa baiknya dirinya.”

Dele Alli telah bersama Tottenham Hotspur selama tiga musim selepas kelab itu membelinya dari Milton Keynes Dons pada tahun 2015.

Sejak itu, Alli telah berjaya membuat penampilan sebanyak 165  perlawanan dan berjaya mencetak 52 gol secara keseluruhan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN