[VIDEO]: Lihat Bagaimana ‘NafuziBall’ Mengubah Situasi Ditekan KL City Kepada Transisi Menyerang

Terengganu FC 'NafuziBall' 2022 KL City

Dalam aksi Liga Super melibatkan pertembungan pengendali hebat, Nafuzi Zain dan Bojan Hodak menyaksikan perlawanan yang menarik dengan ‘NafuziBall’ berjaya memberikan tiga mata buat pasukan tuan rumah.

Terengganu FC berjaya meraih kemenangan ketiga dalam lima perlawanan apabila berhasil menundukkan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan minggu ke-10 Liga Super, malam tadi.

Gol oleh Habib Haroon pada minit ke-75 dan Manuel Ott pada minit ke-81 sudah cukup buat mereka untuk keluar sebagai pemenang tiga mata dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Babak pertama menyaksikan ketangkasan penjaga gol pelawat, Kevin Mendoza berjaya menafikan beberapa peluang meledak gol tuan rumah untuk mendahulu aksi di babak pertama walaupun menguasai sepenuhnya perlawanan. Kedua-dua pasukan berpuas hati terikat dengan kedudukan tanpa jaringan di babak pertama.

Babak kedua, penguasaan perlawanan diteruskan oleh Terengganu apabila berterusan mengasak kubu KL City.

Namun, KL City seperti di babak pertama tidak mengalah, dengan adakalanya menguji keutuhan benteng lawan.

Kekebalan benteng The City Boys akhirnya musnah pada minit ke-75 permainan setelah pemain tengah, Habib Haroon merembat kencang dari luar kotak penalti peluang yang didapatinya. Rembatan itu cantik meluru masuk ke gawang gol menewaskan Mendoza, sekaligus membuka akaun jaringan buat Terengganu di Gong Badak.

Sekali lagi rembatan jauh menjadi pemusnah buat Mendoza apabila Manuel Ott berjaya memanfaatkan ruangnya dengan merembat masuk gol kedua Sang Penyu di minit ke-81 untuk tuan rumah selesa di depan.

Ada satu situasi di babak pertama yang menarik perhatian tentang ‘NafuziBall‘ yang dimainkan Terengganu. ‘NafuziBall’ merujuk kepada corak permainan mereka sejak di bawah kendalian pengendali, Nafuzi Zain.

Ia hasil perkongsian seorang penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly di Twitternya.

Ia bermula dengan KL City yang dilihat cuba membuat ‘high pressing’ kepada benteng dan penjaga gol tuan rumah, Suhaimi Husin yang memiliki penguasaan bola di defensive third mereka. Jika dilihat, situasi ini memungkinkan pasukan pelawat untuk merampas penguasaan bola seterusnya membuat percubaan.

Namun, ketenangan yang dipamerkan anak buah Nafuzi sangat mengagumkan apabila mereka masih mampu bertukar-tukar hantaran termasuk bersama penjaga gol sebelum menukar transisi bertahan kepada menyerang.

Ia melibatkan tujuh hantaran di antara tujuh pemain sebelum hantaran Hairiey Hakim dari sebelah kiri dilihat mengeluarkan bola dari kawasan yang sedang ditekan ke kawasan middle third sebelum menjadi ‘buah mula’ serangan balas pantas oleh Sang Penyu. Namun, sayangnya, ia gagal dimanfaatkan jentera serangan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN