Chelsea Yakin Raheem Sterling Akan Ke Stamford Bridge Musim Panas Ini

Chelsea sangat yakin yang mereka bakal mampu melengkapkan urusan pembelian Raheem Sterling dari Manchester City pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Blues hangat dikaitkan dengan perpindahan Raheem Sterling sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan pemain berusia 27 tahun itu turut berminat mahu meninggalkan Etihad.

Sterling sebelum ini baru sahaja membantu Manchester City memenangi gelaran Premier League keempat mereka pada musim ini.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk menambah baik jentera serangan skuadnya.

Pembelian Sterling itu jelas sekali bertujuan untuk membantu Chelsea dalam usaha mereka mahu mencabar gelaran Premier League pertama mereka sejak 2017 yang lalu.

Ousmane Dembele juga dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge selepas kontraknya bersama Barcelona tamat pada penghujung musim lalu.

Walau bagaimanapun, Chelsea pada ketika ini lebih memilih untuk memberi sepenuh perhatian mereka kepada Sterling berbanding Dembele.

Menurut sumber laporan dari Gianluca Di Marzio, juara saingan FIFA Club World Cup itu sangat yakin yang mereka akan mampu melengkapkan pembelian Sterling pada musim panas ini.

Laporan sama turut mendedahkan yang Chelsea akan membayar nilai £35 juta kepada Man City untuk mendapatkan khidmat pemain sayap itu.

Kontrak pemain kebangsaan England itu bersama City juga hanya berbaki satu tahun sahaja lagi dan tentunya The Cityzens mahu mencuba mendapatkan sesuatu sebelum Sterling pergi sebagai pemain bebas.

Sterling membuat kemunculan pertama beliau di pentas bola sepak utama bersama Liverpool pada tahun 2012.

Beliau kemudiannya menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris pada tahun 2015 ketika melengkapkan perpindahannya menyertai City.

Bersama City, Sterling telah membuat 339 penampilan dari semua pertandingan, dengan beliau turut berjaya terlibat dengan 226 gol untuk The Cityzens.

Laporan sebelum ini mendedahkan bahawa Chelsea yang akan memulakan langkah untuk mendapatkan Sterling andai Romelu Lukaku kembali ke Inter Milan.

Pemain kebangsaan Belgium itu sangat berhasrat mahu kembali menyertai skuad lamanya, walau beliau baru satu musim beraksi bersama The Blues.

Melihat kepada keyakinan Chelsea, sepertinya mereka akan berusaha sehabis mampu untuk membawa Sterling ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN