7 Minit Sekembalinya Ke Arena, Brendan Gan Terus Meledak!

Baru tujuh minit beraksi, Brendan Gan berjaya meledak gol pertama untuk skuad Selangor ketika bertemu Sarawak United hari ini.

Para peminat agak terkejut ketika melihat nama Brendan Gan tersenarai dalam senarai kesebelasan utama Selangor.

Selepas sekian lama tidak beraksi, jelas sekali ramai peminat yang benar-benar merindukan aksi pemain kebangsaan Malaysia itu.

Brendan Gan sendiri turut tidak sabar untuk membuat kemunculan pertama beliau pada musim ini dengan beliau sebelum perlawanan telah menyatakan bahawa:

“Bola sepak merupakan hal paling saya sayang dalam hidup saya, dan ketika saya berada di luar sana di atas padang, tak ada perasaan lebih hebat dari itu.”

Jelas Brendan Gan menjelang aksi bertemu Sarawak United hari ini

Gan hanya memerlukan tujuh minit untuk buka akaun gol dalam saingan Liga Super musim ini

Beliau tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan bersama skuad Selangor dengan beliau berjaya merobek gawang Sarawak seawal minit ke-7 permainan.

Quentin Cheng membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Sarawak sebelum melorongkan bola ke tengah mencari pemain penyerang.

Bola hantaran Cheng terbias terkena kaki S. Veenod sebelum tiba betul-betul di hadapan Gan yang kemudiannya melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Sarawak.

Bola padu rembatan Gan itu jelas sekali gagal diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak, Sharbinee Alawee.

Ketika artikel ini ditulis, Selangor sudah berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0 selepas kedua-dua pasukan beraksi selama 45 minit.

Hyuri Henrique dan Herlison Caion masing-masing berjaya menjaringkan satu gol untuk skuad Selangor mendahului Sarawak 3-0 pada aksi babak pertama permainan.

Peminat terharu melihat aksi Brendan Gan

Ketika skuad Malaysia berjaya layak ke Piala Asia 2023, ramai peminat yang sangat berharap agar Gan akan kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Peminat merasakan yang Gan merupakan antara pemain yang boleh diharapkan dan kehilangan beliau benar-benar dirasai oleh peminat.

Kerana itulah ramai yang teruja dan terharu ketika melihat nama beliau ada dalam senarai kesebelasan utama Selangor bertemu Sarawak hari ini.

Semoga saja beliau akan mampu konsisten pamerkan aksi persembahan terbaiknya bersama skuad Selangor, seterusnya membantu beliau untuk diserap masuk ke skuad Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN